Selasa, 4 Disember 2018

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor

Assalammualaikum...

04/12/2018,Selasa : Aku kembali semula di ruang favorit aku ni.Ya allah, lama rasanya aku abaikan blog kesayangan aku ni.Kali ni aku kembali sebab nak review berkenaan "DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK".

Memang terbaik !! Ini adalah kali ke-3 aku pergi waterpark.Tak tahu lah kenapa sikit sangatkan,Sebabnya aku tak berapa minat plus penakut rasanya naik waterpark or theme park.Memula Sunway Lagoon,A'famosa 2x,Kali ni Desaru Coast.I wish Genting siap nanti kite reramai serbu sana !

Panjangnya aku berleter.HAHA

Short getaway weekends kali ni aku pergi dengan couple juga.Iaitu Ipa dan Naz.Kalau korang tau Ipa ni member childhood lah kiranya dengan aku.Almost 16tahun kot persahabatan kitaorg.Aku balik ke Johor untuk datang majlis perkahwinan sahabat baik kiteorg,Alizah.Time lepas bersanding petang Sabtu tu,aku buka cerita kat dorang siapa free esok(Ahad) join pergi Desaru.Sebab aku dan husben memang dah aim kalau balik Johor ni kena pergi sebab Desaru Coast baru opening.So,3bulan first akan dapat ticket diskaun sempena opening season lah.
.,
Antara kami ber-5 yang Onz cuma satu pasangan ja.Sokey lah,yang penting bukan berdua.Tepu kot pergi waterpark berdua ja.So,aku bagitahu korang harga ticket yang kami dapat adalah RM75/PAX.Menangis tak berlagu lah,lepas habis diskaun ni,harga akan melonjak.Kah ! Ini adalah harga sekarang :)


Seharian kami disini.Harga diatas tidak termasuk makanan.Dan makanan tidak boleh dibawa dari luar.So,kena beli makanan didalam sahaja.Banyak cafe-cafe so,jangan risau.Daripada yang hispter sampai ke makanan kampung ada.Aku berkenan dengan foodcourt yang Desaru Coast sediakan sebab style cafe kat Ikea.

Amacam,terkejut tak ?



Semua ride kami naik kecuali surf sebab tak pandai.Memang berpuas hatilah.Paling best sekali "Kraken".Ya allah,rasa macam nak hilang nyawa.Ipa dan Naz naik sampai 2x repeat.Aku cukuplah sekali.Emang dasar penakut kamu.Kalau nak tahu Kraken tu best ke tak pergilah sana try sendiri.Sebab die sejenis roller coaster dalam air..



Nama benda alah belakang tu aku lupa.Tapi aku panggil Vuvuzella je sebab dekat Sunway ada mcm ni juga nama dia Vuvuzella.Tapi kat Desaru ni lagi best !



Dah penat main semua ride.Kami lepak untuk makan tengahari.Pastu sambung berendam di laut berombak ni.Ambil feel untuk second round.

Kat Desaru Coast ni ada Hotel Hard Rock.


Overall, memang puas hati sangat.Berbaloi dengan harga diskaun RM75/PAX.Kita berjumpa di lain waterpark or themepark <3

Sabtu, 31 Mac 2018

Grand total travelog Korea

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Seoul,Sokcho,Jeju Island of South Korea Backpacker Trip Itineary (9 hari 8 malam)

1) KUL - ICN - KUL : RM 1316 / 2pax
2) Baggage : RM 90 (20kg)
3) Meal : RM 60 return / 2pax
4) Guesthouse tru Agoda : RM 1340.60
Hotel (Chungmuro, Seoul) 153.10
Hotel (Jeju)   131.20
Hotel (Jeju)   145.50
Hotel Sokcho (3H2M)   631.40
Hotel Seoul (3H2M)   279.40

Total : RM 2806.60

Day 1 (29 Oct 2017)

  • 0300 pm - Touchdown Incheon Airport.                 
  • 0500 pm - Checkin Guesthouse
  • 0800 pm - Dinner
  • 1000 pm - Tidur
1) Topup T-money : RM218.40@ 60k won / 2 card (fy&husben tahan 8hari)
2) Dinner : RM 43.70
Total Day 1 = RM 262.00


Day 2 (30 Oct 2017)
  • 0900 am - Gyeobukgong Palace 
  • 1200 pm - Lunch/Solat
  • 0200 pm - Meongdong Street
  • 0500 pm - Gimpo Airport
1) Gyeobukgong Palace (fees enterance) : RM 72.80 / 2pax
2) Lunch : RM 43.70
3) Shopping Stokin comel at Myeongdong : RM 36.40 / 10pair <3
Total Day 2 : RM 152.90

Day 3 (31 Oct 2017)
  • 0900 am - Sewa kerata di Jeju Island
  • 1200 pm - Hanok Village
  • 0100 pm - Lunch 
  • 0400 pm - Seopjikoji
  • 0800 pm - Dinner & tidur
1) Sewa kereta : RM 218.40 / 1 hari
2) Minyak kereta : RM 54.60 / 1 hari pusing pulau
3) Hanok Village (fees enterance) : RM 72.80 / 2 pax
Total Day 3 : RM 345.80

Day 4 (1 Nov 2017)
  • 0500 am - Mendaki Illclubung Seogsan
  • 0800 am - Airport Jeju Island
  • 1200 pm - Airport Gimpo / Lunch
  • 0230 pm - Naik bus ke Sokcho
  • 0800 pm - Dinner 
1) Lunch : RM 91.10
2) Bus ( Seoul - Sokcho - Seoul ) : RM 251.80 return / 2 pax
Total Day 4 : RM 342.90

Day 5 (2 Nov 2017)
  • 0800 am - Naik bus ke Seorakhan Mountain
  • 1200 pm - Lunch
1) Bus tambang : RM 5.00 / 2 pax
2) Seorakhan Mountain (fees enterance ) : RM 43.70 / 2pax
3) Cable Car : RM 58.30 / 2pax
4) Lunch : RM 36.40
Total Day 5 : RM 143.40

Day 6 (3 Nov 2017)
  • 11.30 am - Abai Village 
  • 1200 pm - Lunch Seafood
  • 0200 pm - Jalan Bandar Sokcho/ Lepas Coffee House
1) Lunch seafood : 109.20 / 2pax
2) Shopping baju : RM 309.46
3) Coffee House : RM 69.20 / 2pax
Total Day 6 : RM 487.70

Day 7 (4 Nov 2017)
  • 0800 am - Breakfast 
  • 1000 am - Bus balik Seoul
  • 0200 pm - Sampai Guesthouse kat Seoul
  • 0300 pm - Rest/makan/tidur
  • 0500 pm - Haneul park
  • 0900 pm - Namsan Tower
1) Haneul park (naik keretaapi sampai puncak hihi ) : RM 43.70 /2pax
2) Cable car Namsan Tower : RM 61.90 / 2pax
3) Naik atas menara Namsan Abiy belanja romentik : RM 72.80 / 2pax
4) Mangga kunci Namsan : RM 36.40
Total Day 7 : RM 214.80

Day 8 (5 Nov 2017)
  • 0800 am - Breakfast
  • 1000 am - Nami Island
  • 0600 pm - Sampai guesthouse/makan ramen je/jalan night market berdekatan dengan guesthouse (Dongdaemun History Park AWESOME!!).
  • 1000 pm - Tidur
1) Ferry Nami Island : RM 58.30 / 2pax
Total Day 8 : RM 58.30

Day 9 (6 Nov 2017)
  • 0800 am - Breakfast
  • 0830 am - Doota mall (survenir)
  • 1300 pm - Airport Incheon
  • 1315 pm - Fly balik Malaysia
1) Survenir : RM 250.00
Total Day 9 : RM 250.00

Grand Total : RM 4468.60
Cost per person : RM 2234.30

P/s : Aku total tak termasuk survenir.Sebab tu hak individu.Sebenarnya korang boleh je jimat lagi.Bahagian Survenir dan bab daerah-daerah tu.Kalau stay Seoul sahaja mesti lagi jimat.Tak payah cover sampai 3 daerah macam kami.Tapi papepun bagi aku,total cost ni adalah yang terbaik dan aku sangat happy travel dgn my travelmate(my husband)..

Khamis, 29 Mac 2018

Travel : Yogjakarta , Indonesia "Aku Datang Rangga" (Part 1)

Assalammualaikum...

Hye-hye korang.Hari ni kat office tak banyak sangat kerja.So,aku rasa adalah bagus aku memulakan travelog pasal Jogja haritu.Dah ada kenalan yang bertanya-tanya.Maklumlah,Jogja ni salah satu tempat wajib bagi backpacker kan.HAHA!

Yang ikut serta trip kali ni adalah abah,adik,suami dan aku.So,aku rasa tak adalah backpacker mana sebab bila bawa keluarga ni aku utamakan keselesaan.Tujuan bawa abah ni macam hadiah lah.Sebab birthday dia bulan Mac.Dan nak bagi dia rest,happy,jalan-jalan.Asyik bekerja je dari muda sampai tua ni.

Tapi yang mastermind adalah akulah.Macam biasalah kan.

So,aku dah book ticket flight pada 14 Mac 2018-18 Mac 2018.Selama 5hari 4malam.Flight mana lagi kalau bukan AirAsia kesayangan.Murah dan berbaloi.Malam 13hb kami dah bertolak ke KL dan tidur semalam di rumah aku.14hb tengahari kami bertolak ke KLIA2.Sebab jadual flight jam 1515.Urusan imegresen alhamdulillah berjalan lancar.Abah kemahin excited dia nak berjalan.

Tepat 1515 kami berlepas.Yeayyy... Jogja, kami datang !!

Satu perkataan untuk Jogja adalah macet (jem).Tapi tak seteruk Jakarta lah yang pastinya.

Jalanraya di jogja.

Kami sampai di Jogja pada jam 1730.Waktu di Indonesia lambat satu jam daripada waktu di Malaysia.Perkara pertama yang aku dan suami buat adalah mencari simkad.Masa trip Korea kami menyewa wifi.Tapi kali ni tak sebab nak jimat.Aku ambil simkad simpati dengan harga RM22.50 (9gb).Cukup untuk 5hari.

Lepas dapat data internet,aku panggil En Uber.Alhamdulillah kejap je sampainya.Mungkin kawasan airport ramai yang dah menunggu kut.Untuk pengetahuan korang aku ada ambil pak supir untuk 3hari bagi menyenangkan dan keselesaan abah dan adik.Lagipun tempat di Jogja ni jauh dari satu tempat ke satu tempat.

Berbual-bual dengan En Uber tak sedar kami dah sampai hotel.Urusan checkin hotel amat mudah dan berjalan lancar.Aku book hotel melalui Cik Agoda.Ni pun salah satu website fav aku bila travel.Hotel yang kami duduk adalah di Pukualam,Puri Pangeran Hotel.Sangat recomended.Sebab selesa,makanan sedap,staff friendly,dan seni reka bentuk ala-ala resort/vila di Bali.Aku paling suka sebab ada swimming pool.Dan pool open until 11p.m.Berendam memalam,heaven rasanya oii.. :)

  • Flight Kul - Jogja - Kul (promo) : RM 1032/ 4person
  • Meal in flight : RM 60/ 4person
  • Baggage(Jogja-Kul) 20kg : RM 120
  • Puri Pangeran Hotel (5h4m include breakfast) :Kes ni aku ambil 2 bilik.1bilik queen utk aku dan suami.1 bilik lagi twin utk abah dan ica : RM 375/per bilik
  • Simkad Simpati (buat hotspot je) : RM 22.50
  • Airport - hotel (En.Uber) : RM 10.20
  • Makan malam 4org : RM 24.10
Total RM 2018.80


Okey,sampai sini dulu nanti aku sampai untuk Part 2 :)

Rabu, 28 Mac 2018

REVIEW : YOGJAKARTA


Assalammualaikum...

Mungkin ramai rakan-rakan Fb or Insta dah tahu yang aku baru balik daripada Indonesia.Kali ini kami memilih daerah istimewa Yogjakarta.Kiteorang pergi dengan abah dan tisya(adik).Pada awalnya aku berbincang dengan abiy nak bawa family trip ni ke Sabah sahaja.Kebetulan ticket AirAsia tengah promo.Dan pada Dec 2017 harga ticket gila-gila buat sale.Aku pun rembat lah ke Jogja pada bulan March sempana birthday abah dan aku.

Kenapa aku pilih Jogja?
Okey.Untuk entry ni,aku nak buat review.Macam pro and cont lah.

Pro

  • Banyak tempat bersejarah.Peradaban dunia atau nusantara.
  1. Candi Borobudur : Agama asal yang bertapak di tanah Jogja.Hindu Buddha.
  2. Candi Prambanan
  3. Muzium belanda (Vredeburg) : Peninggalan Belanda sewaktu belanda menakluk wilayah tersebut.
  4. Istana kraton (Asal datangnya kerajaan mantaram islam ke tanah Yogjakarta)
  • Banyak tempat adventures
  1. Pantai Timang
  2. Gua Pindul : Aktiviti mandi air terjun dan merentasi gua.
  3. Gunung Merapi : Bagi negara kita yang tidak ada bencana gunung berapi kita patut bersyukur.Di sini kita kena naik jeep,lalu laluan yang tidak rata.Terdapat muzium Gunung Merapi.
  • Spot untuk bergambar
  1. Kalibiru
  2. Pule Payung
  3. Pantai Parangtritis
  4. Kebun Buah Mangunan
  5. Hutan Pinus
  6. Tebing Breksi
  7. Gereja Ayam
  8. Phutuk Setumbu
  • Uber senang cari
  • Shopping murah
  • Makanan halal mudah dicari

Con

  • Dari satu tempat ke satu tempat sangat jauh : 1jam or lebih perjalanan
  • Semua tempat ada fees enterance/semua spot bergambar ada bayaran.Yang ni sangat-sangat tak masuk akal bagi aku.
  • Semua tempat park ada bayaran walaupun kekadang satu-satu tempat tu tak nampak macam tempat perking pun.
  • Macet (jem)

Selasa, 6 Mac 2018

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 9) Final : Naminara Pulau Cinta Dan Shopping Souvenir Murah Di Seoul

Assalammualaikum...



Salam sejahtera semua.Mesti korang tertanya asal lambat sangat aku nak menghabiskan cerita ni kan.Okey,fine.Entry ni adalah entry yang terakhir aku akan tulis berkenaan cerita aku dan suami ke bumi Korea.Selepas entry ni aku akan finalise kan budget dan initery yang aku buat sendiri okey.

Entry kali ni mungkin panjang sedikit sebab aku akan merangkumkan cerita untuk 2 hari terus.

Ahad(05/11/2017)

Pagi ahad yang nyaman dan tenang.Plan harini aku dan suami akan ke Nami Island.Bercakap pasal Nami Island mcm familiar kan.Sapa yang pergi ke Korea tanpa ke Nami? Mustahil kan??Boleh dianggap setiap orang ke bumi Kpop ni mesti akan jejakkan kaki ke sini.Semua dek kerana penangan KDrama (Autumn In My Heart).Hebat cara mat mata sepet ni promote drama dorang.Kalau ada lelaki yang cakap "koya kpop,apelah muka jambu,plastic surgery je pon".Apa-apalah labu.Hakikatnya bab intertainment(hiburan) dan fesyen Korea mmg tiptop kat asia ni.

Jam 0800 aku dan suami dah siap breakfast semua.Lepas tu kami terus ke Station Subway(train/lrt).Kali ni kami ambil line laju(ITX).Sebab Nami Island di penghujung Seoul.Kononnya nak cepat sampai ler.Kalau nak naik line train yang biase pun boleh.Bezanya banyak berhentilah.Itu sahaja.

Apa yang menarik dan pelik bagi aku adalah selepas kami membeli ticket ITX.Kiteorang masuk di kawasan tempat menunggu train.Memang pelik sebab tidak ada cek ticket or scan code ticket.Kiteorang memula peliklah betul ke salah ni.Tanya local,dorang cakap memang betullah caranya macam tu.Dahla bercakap macam ayam dan itik.Sangat-sangat memerlukan kesabaran.Tapi korang jgn risau sebab local dorang sangat suka membantu.Walaupun tak paham,tapi dorang akan hantar kita kat tempat yang kita nak pergi tu.Kes yang ticket tadi,kalau awal-awal tau baik tak payah beli ticket betul ta?Sikap rakyat Korea ni memang komfem jujur ke?Sampai buat sistem macam ni.Ntah,aku pun tak tahu.Yang penting benda ni belum ada lagi kat Malaysia.HAHA!

               


Tunggu train beratur elok-elok ye anak-anak :)



Turun di Gapyeong Station, okey :)

Bila korang keluar dari pintu exit kat belakang tu,sebelah kanan korang akan nampak tourist information.Pergi je,macam kita orang.Buat sebok-sebok pergi mengutip maps and route bus di Naminara Republic ni.

Kalau korang nak cepat,boleh je ambil teksi.Tapi kami jenis suka menyesakkan diri.Dah janji nak bercuti style backpack.Mestilah cara paling murah dan dekat dihati rakyat.HAHA! Bila tanya laki aku,dia jawab naik subway je,naik bus je,jalan kaki je.Gitu lah pesennya.Tak reti penat siap melompat-lompat lagi.HIHI


Route ni kena paham betul-betul ya.

Macam kami,

      Gapyeong Station--Nami Island--Cheongpeong Station

Sebenarnya aku nak ke Petite France dan The Garden of Morning Clam.Tapi lama sangat di Nami Island.So,memang tak sempat nk cover yg lain.Takpelah,mungkin petanda suruh datang Korea lagi agaknya.

Kereta ajusshi mana lah aku interprem ni

Time ni memang peak season.Series nak beratur beli ticket pon sesak nafas.Memang ramai sangat orang.



Tunggu ferry sat.





Yeayy.Dah dalam ferry

Time pergi excited aku duduk luar ferry ambil angin lah konon.Balik aku duduk dalam ferry.Ni snap pic time balik, dalam ferry.Besar gila cermin depan kiteorang ni.Dan ferry dorang memang takda kerusi.So,semua pakat-pakat berdiri.Mana yang penat nak duduk tu sila bersila di lantai okey.Memang bersila.Aku tak tipu.HAHA!





Kaki posing kan.Laki hakak dok melayan je.HAHA

Kiteorang tak banyak pose pon sebab sibuk dating.Kiteorang pusing satu pulau pastu pergi makan.Sedar tak sedar dah petang.

Selepas setel makan snap pic lagi.Buat video lagi.Sampai lebam lah.Sebab esok kami dah nak balik.So,nikmati saat-saat terakhirlah kononnya tu.Jam 0600 kami balik guesthouse.

.................................................................................................

Isnin (06.11.2017)

Harini adalah hari kami balik ke tanah air.Genap 9hari 8malam.Percutian yang santai tapi hardcore juga.Macam sedih.Dalam hati aku,bila lagilah akan sampai sini lepas ni.Inshallah ada rezeki sampai lagi mana tahu dengan anak pula kan.

Memandangkan flight kami petang.So,pagi tu lepas breakfast,kami keluar pergi Doota Mall untuk shopping sourvenior kat sana.Shopping mall ni sangat dekat dengan guesthouse kiteorang.Ni mmg satu hal juga.Aku mmg segaja book guesthouse area Dongdaemun dan dekat dgn Doota Mall.Sebab aku ada buat research,sourvenior sangat-sangat murah dah berbaloi disini.So,apa lagi,sapa taknak barang murahkan.

Doota Mall
Nama kedai : Arirang Shop
Tingkat : 6/7 (lupa)



Tak payah lah interprem sangat.hihi..

Kat dalam tu biaselah.Barang cenderahati macam keychain,baju,friged magnet.pinggan/mangkuk dan macam-macam lagi.Aku berhabis kat sini RM300.Alhamdulillah,sangat berbaloi..

Selepas kami selesai shopping,masa untuk bergerak ke airport.Flight kami jam 1530.






Untuk suami :

Terima kasih untuk percutian ni.Terima kasih sudi vacation dengan sayang.Tenkiu jadi kawan,pendamping,pelindung,travel buddies,dan suami dan menjadi segala-galanya untuk Fatin Hasanah.

Love you my duniya <3

Jumaat, 2 Mac 2018

First Honeymoon di Corus Paradise Resort Port Dickson



ASSALAMMUALAIKUM...

Salam bulan baru.(March 2018)

Harini 02/03/2018(Jumaat).Bulan ni juga akan ada trip baru buat feyshah.Tapi cerita trip Anneyohaseyo tak setel-setel lagi.Takpelah,papepun.Alhamdulillah,sudah part final cumanya aku tak masukkan gambar dan publish sahaja.Tunggu ye korang.

Post kali ni,aku nak highlight pasal first feyshah honeymoon.Yang korea ni kire kali ke-2 lah.Yang kali pertama ni adalah buah tangan dari kawan-kawan baik kami.Kira hadiah sempena perkahwinan kami lah.Sebulan selepas kami akad,di Port Dickson,Negeri Sembilan.Kira kejadian ni dah berlalu hampir 1 tahun 5 bulan.Pada September,2016.

Meh kak senah nak bagitahu member kak senah yang sanggup buat group wassap baru sebab planning ni.Sanggup habis duit untuk kami.Sanggup buat surprise dan sanggup book bilik dengan bunga rose untuk kami.Hanya allah yang mampu membalas semua ni.Fy bersyukur sangat dikelilingi orang-orang yang sayang kat fy.

Actually,kami dh macam adik-beradik dah.Kawan dari 2012-2018.Jumpa di Jitra,Kedah.Sebab dulu fy study politeknik kt sana.Kawan sekelas dan kawan serumah sewa.Even time jumpa husben pun dorang lah orang-orang disebalik tabirnya.HAHA!

  1. Fatin Hasanah - Julai 2016 (Married)
  2. Fatin Nabiha - December 2016 (Married)
  3. Radzitah - March 2017 (Married)
  4. Nur Zakiah - March 2018 ( Engagement day)
  5. Nur Farahain
  6. Nurul Iffah Suhaida
So,berdasarkan senarai di atas ada 2 lagi kosong.Siapa nak penuhkan tempat kosong ni.HAHA!
........................................


#FEYSHAHTAKESPD



Nak dijadikan cerita.Aku tak ambil cuti pun sebenarnya.3h2m tu aku just fix kan masa semaksima mungkin.Satu sebab kerana aku baru mula kerja,so sangat tak manis terus nak minta cuti.

Jumaat ( 02.09.2016)

Minta balik awal dari office (Halfday),Barang semua dah prepare dalam kereta.Lepas dapat keluar office,aku terus pecut ke PD.I drive sendiri JB-PD.Laju jangan cakap lah.Tiga jam dah sampai exit seremban utara.Habis Black Pearl aku hentam.Terus aku pergi stesen train by waze.Sebab husben dari Bukit Jalil take train ke Seremban.

Memasing dah penat.aku dengan drive jauhnya.Laki aku pulak lepas training terus bersesak dengan orang.So kami decide nak pergi PD dulu untuk checkin.Nanti lepas magrib baru keluar cari makanan.So,kami memang tak tahu Hotel area mana yang bebudak ni book.Yang aku tahu nama hotel sahaja sebab ada surat booking.Nasib baik ada waze.

Nthen sampai ...


Corus Paradise Resort

Tengok lobby dah jatuh cinta.Cantik.Harga rate kat agoda pun takdalah mahal sangat.Untuk lesuire dan santai-santai sangat recommended.Selesa,bilik besar,lanskap cantik,makanan sedap,ada kolam dan banyak aktiviti.Macam jetski,menembak dan banyak lagilah kat hotel ni.Aku je tak explore sangat.

Malam tu lepas keluar makan seafood kami balik bilik dan tidur.


Sabtu (03.09.2016)

Time ni memalu laki aku ni.Nak ambil pic hug hug.Baru sebulan nikah katekan..
Tengok skrg,dalam trip Anneyhaseyo siap angkat-angkat lagi bini dia ni.Nasib berat aku maintan.HAHA!

Bangun awal pagi.Lepas turun breakfast kiteorang jalan-jalan sekitar resort je.Spend time dengan my kekasih awal akhir ni.






Lepas dah lepak-lepas bawah tu.Kiteorang dah penat,so marilah naik bilik.Petang lepas zohor husben ajak pergi Teluk Kemang.

 Yeayyy...inilah kehidupan kami.Pantai!!



Semua benda lah naik.Haru biru melayan laki yang hyperaktive ni.HUHU!
Sebenarnya kami ada sewa jetski tapi aku naik 5min je.Geram je bagi si dia ni bawak jetski,keje nak jauh-jauh dari pantai pastu laju nak mati!
Sampai menangis kita sebab takut :(

Selepas bertukar baju dan siap mandi kiteorang pergi makan cendol,ABC dan mee rebus.Ya allah sedapnya ABC TELUK KEMANG ni.Ada masa macam nak repeat PD ler.Rindu!!

Lepas tu husben ajak dinner seafood.Kiteorang lepas sampai jam 2200.


Ahad (04.09.2016)


Selepas breakfast dan checkout.Kiteorang terus balik KL.Malam tu take flight KL-SENAI.

p/s: Itu shj honeymoon first fesyah.Lumayan ngak?Simple but i like.Love you husben <3