Jumaat, 15 Mei 2015

Majlis Pertunangan

Assalammualaikum..

Hye.Rasanya lama dah tak berupdate blog ni.Sebenarnya tujuan aku update entry ni sebab nak mengabadikan kenangan yang menjadi sebahagian dalam hidup aku.Bukan sebab nak berbangga atau menunjuk.Sebelum aku lupa setiap detik itu,sebelum aku menjadi malas baik aku ambil sedikit masa yang terluang sempena bercuti sakan sekarang ni.

Aku harap korang bergumbira tengok gambar yang dipaparkan sebab aku sendiri excited bila tunggu gambar dan tengok gambar-gambar yang telah siap dihantar oleh fotographer ke rumah tempoh hari.

Jum layan !!


Kalau diikutkan dalam islam,aku dan ASR dah lama bertunang.Sebab dia dah berjumpa my parents bulan12 untuk menyatakan tujuan dan my parents terima.Lagipon cincin pertunangan kami sudah dibeli awal pada bulan12/14 lagi.Tapi mengikut adat haruslah buat majlis untuk tanda persetujuan kedua belah pihak.Aku sendiri pun tidak pernah berjumpa dengan mak atau abah ASR.ASR sendiri tak mahu memperkenalkan aku pada parents dia sebab terikat dengan tugasan dan jadual yang ketat.Dan aku pula masih di Polimas untuk menghabiskan semester terakhir aku.Masa tidak mengizinkanlah sebenarnya.So,majlis ni bertujuan juga untuk berkenal-kenalan dengan keluarga.


(Time ni rombongan xdatang lagi,,lengang jek kn,hehe)

Sebenarnya,yang organise majlis ni banyak aku sendiri.Dari hal hantaran,hal tukang makeup,hal memilih photographer,hal pelamin dan menyediaan goodies.Bab makanan dan bab khemah aku serahkan pada mak dan abah sebab mereka lagi pakar bab ni.Dan mereka lagi tau sapa masak sedap dan sapa masak tak sedap.Pasal khemah aku just request kat abah nak yang simple je.Tak mau scallops2 sebab ni hanyalah majlis pertunangan buat apa nak grand-grand kn..

Pasal hidangan pulak mak dan abah sempatlah bergaduh manja siket.Sebab mak nak nasi beriyani dan abah pulak nak nasi putih.Dan nampaknya pergaduhan itu dimenangi oleh abah.So,menu yang dihidangkan adalah nasi putih,ayam masak merah,daging masak kari serta ulam-ulaman/sambal belacan.Ada pulut kuning dan roti jala mak sedara yang sponser.Terima kasih mak kit.Dan sedikit kuih muih yang sedara-sedara sponser.Terima kasih mak usu,mak long dan kak siti.Air pula abang sepupu sponser dua tong besar air berisi sirap bandung soda dan juice oren,terima kasih abang eddy dan abang adik :)



Masa rombongan lelaki datang ni tiba-tiba hujan renyai.Sebab tu depa ni semua berpayung.ASR dalam kereta tak keluar time ni.Dan aku pula dalam bilik sambil tengah wasap dengan dia.Dan mula berdebar-bedar ni dan aku tak pernah ada perasaan macam ni..




Untuk hantaran pula,aku dan ASR berpakat 5 berbalas 7.Ambil yang paling minima nanti kawen je baru banyak-banyak.
Aku : Sirih junjung,cincin,belt and wallet,set minyak wangi,kek,buah-buahan dan kain pasang untuk tempah baju nikah nanti.
ASR : Sirih junjung,cincin 2 ketoi (risik dan tunang),kek,kain pasang untuk baju nikah dan cokelat fav aku.

Untuk dulang hantaran aku buat tempahan semua sebabnya aku tak sempat atau lebih tepat takda masa untuk buat gubahan sebabnya masih belajar di kedah.Tambahan pula aku punya otak ni tak berapa nak creative :)
Kos tempah 7 dulang : RM 380

Untuk barang-barang macam set minyak wangi dan belt@wallet tu aku beli time offer masa raya cina tu hari.

Spokesperson sebelah aku adalah jiran lama kami.Kawan baik abah dan spokesperson sebelah ASR adalah ayahnya sendiri.Dari dalam bilik aku terdengar-dengar dorang berbincang tapi dah tak tentu arah dah.Kejap bangun,kejap duduk.

Dalam beberapa minit lepas tu aku dipanggil keluar.zapppppp....!!



Memang saling tak tumpah air muka mak dengan ASR.Dari mata yang sepet ala-ala cina ke hidung dan bibir. "Patotlah anak manje" ==,


Cincin yang dah lama disimpan akhirnya disarungkan juga.Belah rotan yang macam 'lord of the ring' tu cincin risik.Memang pilihan aku sebab taksub sangat dengan cerita tu.Dan cincin tunang yang ada permata tu pilihan ASR sendiri.Boleh tahan juga pilihannya.Pakai yang lain longgar lah,tak selesa lah.Time sarung yang ni,terus ngam dengan jari.Dan ASR terus disite nak ambil cincin tu.Katanya "kalau terus muat tu tandanya cincin tu dh berjodoh dan sesuai untuk jari aku"..

Memang aku mengaku,pilihan cincin ni agak rumit tambahan pula aku dan ASR pergi mencari berdua tanpa mama or mak jadi pakar runding dan masing-masing tiada pengalaman.Rasanya hampir 5/6 kedai emas kami masuk dan akhirnya design dari 'Tomei and Jewellerry' jadi pilihan.

Untuk ASR,aku memang dah pasang niat nak bagi tanda juga dekat dia.Minta pendapat mama dan mama setuju.Alhamdulillah..
Tapi hal pemilihan cincin untuk ASR aku serahkan pada mama dan abah 100% sebab aku time ni aku sibuk dengan final project dan ASR sibuk game silatolahraga.Just bagi size dan mama yang carikan,thanks mama :)

Pomise untuk wedding nanti,kami takkan susahkan mama lagi,,


Sangat tepat dan sesuai dengan permintaan aku.Tak nak batu yang timbul sebab ASR lasak.Orang cakap 'hyperaktive' hehe.Berbatu merah sebab merah warna kegemaran aku.Bio lantak..hahaha


    Dan aku sebak bila tengok gambar ni.Two important man in my live.My king and my prince.


Kawan-kawan dari zaman belajar (polimas)


Kami, Ain dan Lilis


Terima kasih girlfriends datang jauh-jauh.Terharu rasanya.Ada rezeki insyallah i'olls datang majlis korang nanti k :)




    Berbaju biru keluarga ASR.Happy faces yang turut sama memeriahkan majlis iolls :)


Wan , mak long dan cucu


 Mak dan abah.Happy sangat hari ni.Terima kasih mak dan abah sebab bagi lesen untuk kiteorang bertunang.

Dan aku nak ucapkan terima kasih pada orang kuat majlis iaitu ain,ekyn sebab bersusah payah tolong aku.Dari sekecil-kecil hal ke sebesar-besar hal.Pada ita,za,scha,ziema,iffah,ira,lijah dan fana sebab datang.Dan ada dengan aku sepanjang majlis.Hanya tuhan yang mampu balas jasa baik korang.Aku sangat beruntung tau ada kawan macam korang.Thanks juga pada ASR iaitu tunang aku sendiri sebab sponser baju tunang yang lawa sangat ni.Rasa macam nak pergi menikah pulak.Dia nak sangat aku pakai warna ini.Terima kasih sayang :)


ASR tanya kenapa suka pic pusing-pusing ni?
Aku jawab : Nak fefeling princess lah hari ni kain terbang-terbang <3

Terima kasih kepada photographer fahmie sebab merakamkan detik-detik yang bahagia ini.Terima kasih sekali lagi untuk semua yang memeriahkan lagi majlis pertunangan aku.Maaf pada kawan-kawan yang bertanya kenapa tidak jemput.Sebabnya majlis aku ni adalah majlis yang kecil-kecilan sahaja.Hanya saudara mara dan kawan-kawan terdekat dan jiran-jiran sahaja.

Instagram : @bedroomstudiomy
Hp : 017-7801840


Seminggu sebelum tarikh bertunang :

" Sayang lagi seminggu abang akan jadi tunang sayang.Abang harap kita akan dapat lalui fasa ini dan insyallah ke cinta halal hingga ke jannah.Harap kita berbanyak bersabar ok sayang " 

-ASR

0 comments:

Catat Ulasan