Isnin, 13 April 2020

Travel : Yogjakarta , Makan Lobster di Pantai Timang (Part 3)

...ASSALAMMUALAIKUM...


Sambungan dari cerita Jogja Part 2...

Hari ke-3 (Jumaat : 16/03/2018), Seperti biasa, awal pagi aku dah bangun untuk menpersiapkan diri. Maklumlah berjalan kalau ada pak supir memanglah kena ikut timetable.

Perjalanan ke Pantai timang agak jauh dari bandar Jogja itu sendiri. Dalam kereta memang riuh rendah yelah pergi dengan family dapat pulak pak supir yg sporting.Sedar tak sedar dah 1-2 jam lebih. 

Bila semakin hampir tu, kelihatan jeep. Aku tanya dgn abg ahmad kita kena tukar naik jeep pula ke nanti. Jawapannya adalah iya,kerana perjalanan ke pantai timang tu berbatu-batu dan kereta memang tak sesuai.

Tapi sebelum itu, abg ahmad mempelawa kami untuk makan dahulu. Makanan kami tengahari tu adalah Lobster yg ditangkap dari Pantai Timang tu sendiri. Wahh, memang asyikkk..


Memang sedap chuuallss,harga pun berpatutan.Selepas kami semua kenyang, abg ahmad memanggil untuk menaiki jeep.Kusangkakan biasa sahaja jalannya, macam masuk kampung dulu-dulu time jalan merah. Rupenya tidak guys, sakit bontot kott :(

Perjalanan sekejap pun jadi lama.haha..

Tapi bila dah sampai area Pantai Timang tu,aku dh menjerit-jerit sebb dah nampak laut cantik terbentang luas.Time aku pergi ni, ada 1 episode runningman yang kwangsoo and so min datang untuk melangsaikan hukuman episode sebelumnya. Yess, kami pergi bebetul selepas program runningman tu. Sebab tu nampak bendera runningman di tepi gondola :)

*Sumber google

Di Pantai Timang ni,kita boleh pilih nak berjalan di atas jambatan ataupun naik gondola.Aku/tisya dan shah sudah semestinya naik gondola.Dah itu pun yang porpular ketika ini. Tahun 2018, hihi..


Kalau korang dh sesiap bayar kena cop ditangan macam ni.Ok jum kite naik gondola viral :)

*Aku yang sedang menjerit.kihkih

 *Adik montel

 *husben terchinta

*Aku


Alhamdulillah, kami bertiga selamat pergi dan balik naik gondola ni.Tetapi aku serik, tobat betul memang taknak naik lagi macam ni,Memang seriau sis, tengok bawah lautan luas.Fuhh.. nasib sis kuat semangat..

Selesai untuk hari ketiga, nanti inshallah kak aten akan update untuk Part 4 pulak yer...

Regards,
Fatin

0 comments:

Catat Ulasan