Selasa, 12 Februari 2019

Backpacker Thailand Murah 2019 : Phuket - Hatyai/Songkla (Part 3)

HARI KETIGA : 17/01/2019



Harini adalah hari free dan easy.Tengahari nanti kena checkout dan malam naik bus ke Hatyai.So,pagi ni aku nak keluar lewat sikit.Bebudak dua orang tu dah inform awal nak breakfast dulu.Aku dah ingatkan jam 10pagi jumpa di lobby siap bawa turun backpacker sebab kita akan checkout terus.

Planning harini adalah sewa motor dan round Phuket sampai jam 4.00petang.Kebetulan sangat depan hotel kami ada menyediakan sewaan motor 200bath sehari.Kami minta per jam tapi takboleh so nak buat macamane terpaksalah sewa juga.Isi minyak 750bath sahaja.Sebenarnya kalau korang rajin mencari boleh je dapat sewa motor 150bath sehari tapi disebabkan kami malas menatap untuk mencari is sokey lah.200bath pun 200bath lah nyah..

Di Phuket di banyak tempat tarikan tapi disebabkan kami hanya ada halfday sahaja untuk meronda so memang terpaksa memilih dan skip tempat.So inilah yang sempat kami pergi.

  • Karon View Point
  • Karon Beach
  • Kata Beach
  • Rawai
  • Promhep Cape
  • Big Buddha ( skip)
  • Tiger Kingdom ( skip )

Karon Beach 

Inilah motor yang disewa :)

Karon View Point 

Karon Beach View

 Promhep Cape

 Promhep Cape

Di depan Islanda Boutique Hotel,Phuket

Inilah teksi yang kami dapat.500bath Kereta Avanza.

Tepat jam 3.30petang kami balik ke Patong untuk pulang semula motor dan mencari teksi untuk ke terminal bus.Selepas selesai pickup semula backpack dan ambil deposit kami berjalan ke jalan utama untuk mencari teksi.Rata-rata harga 600bath dan aku seboleh mungkin meminta kurang dan akhirnya kami dapat teksi dengan harga 500bath sahaja.Perjalanan ke terminal bus 2 mengambil masa lebih kurang 1jam 30min.

Sesampai ke terminal bus,aku terus membeli tiket sehala ke Hatyai malam nanti.Aku merancang untuk mengambil tiket bas jam 11malam supaya kami sampai di Hatyai nanti hari sudah terang sebab perjalanan dengan bas memakan masa hampir 8jam.Tetapi malang sikit bagi kami,sebab bas terakhir malam tu ke Hatyai jam 9.30malam.So,apa kami boleh buat adalah redah je.Kalau tak rosak jadual.Hihihi..

Untuk pengetahuan korang,bus untuk ke Hatyai, ada dua pilihan.First class or second class,dan kami memilih second class kerana lebih murah.Cuma 253bath sahaja.Sementara menunggu bas tu bolehlah ke surau untuk solat dan berehat.Di terminal bus 2 ni juga ada gerai halal disediakan.




Inilah rupa bas secondclass tu.Kerusi agak keras dan disediakan selimut.Bas ni juga berhenti 1 perhentian untuk melepaskan hajat or makan.

Tisya dan Adah dah tewas :)


Tepat jam 9.30malam bas ke Hatyai pun bergerak meninggalkan Phuket.Aku cuma layan mata sementara tunggu tertidur je ni.Disebabkan penat aku tertidur dan hanya tersedar bila bas berhenti.Rupanya di RnR.Ingatkan dan sampai Hatyai tadi.Jam baru 2.00pagi maknanya lambat lagi ni.Dijangka sampai di Hatyai jam 5.00pagi nanti.

Aku tidur-tidur ayam disebabkan tak selesa dengan seat bas tu.Yelah keras ra rabbi.Tapi bila pikirkan nak murah takpalah telan ajelah.Pikir positif je dalam diri ni.Kita travel bukan untuk membezakan tapi untuk memahami dan mendalami budaya dan keadaan sesuatu tempat tu.

Akhirnya,yang ditunggu pun tiba.Kami selamat sampai di Hatyai jam 5.00pagi.Terus shah ambil tuktuk untuk ke Siam Mansion Hotel.Bayaran satu tuktuk 80bath sahaja.Tetapi apa yang menyedihkan kami adalah bila sampai hotel adalah reception tutup dan akan dibuka jam 7.00pagi nanti.Pergghh..dahla penat ni,tidur pun tadi tak selesa ditambah lagi hotel tutup.Alamatnya kami terpaksalah tidur di ruang depan hotel tu.Nasib sekejap je ni dalam satu jam lebih je lagi.Kebetulan sebelah hotel ada 7eleven so aku beli lah sesuatu buat isi perut.Kalau tengah stress ni memang lapar aje.Haha..

Jam menunjukkan 7.00pagi.Tetiba ada amoi siam tegur minta booking resit form Agoda.Aikkk..dalam hati aku "awalnya amoi ni sampai", sebab pakguard cakap reception buka jam 7.30pagi.Rupanya,pak guard tu call amoi tu bagitahu yang kiteorang sampai terlalu awal dan mungkin kesian tidur di luar hotel.So,kami akhirnya dapat checkin awal ke hotel pagi ni tanpa sebarang charge tambahan.Alhamdulillah...

Dapat je bilik aku terus mandi dan breakfast.Shah pun sama lepas tu kami topup balik tidur kami yang tak selesa malam tadi.Kami bangun sebaik je azan Zohor berbunyi di telefon Shah.

Okey,aku stop dulu nanti aku sambung semula kami pergi mana sesusah Zohor di Hatyai ni ye.Panjang-panjang sangat kang penat pula mengkome nak membacanya :)

Sekian..

Breakfast : Rm 6.50
Sewa motor : Rm 13
Minyak motor : Rm 6.80
Teksi (Patong - Terminal Bus 2) : Rm 16.20
Bus (Terminal Bus 2 - Hatyai) : Rm 32.80
Dinner : Rm 12
Tuktuk (Terminal Bus Hatyai - Hotel) : Rm 2.60
Siam Mansian Hotel 3hari 2malam : Rm 90.80
Breakfast (7eleven) : Rm 5

Total : Rm 185.70 / per pax

0 comments:

Catat Ulasan