Khamis, 1 Januari 2015

Dilamar

Assalammualaikum..

Pada entry yang lepas aku dah janji aku akan kongsikan cerita macamane aku terkenal dgn mamat kuat saiko ni.17/10/2014 lepas aku,emy dan za plan nak midnight movie DRACULA.Sebab minggu tu kami tension giler sebab banyak asigment dan lab report dah due date.So,weekends kami hangout bertiga.
Dan nak dipendekkan cerita aku terjumpa bakal tunang aku ni dalam lift dekat mall tu.Nama mall tu Jitra Mall yelah aku kan study kedah ni tak abis lagi.Aku pon tak tau la camane si Shah ni boleh terpandang aku die mula berbual dengan za.Za ni roomate aku,so kire rapat lah aku dengan die.Dan lebih terperanjat lagi sejak bila za dan shah bertukar id wechat pon aku tak tahu.Tetibe bangun pagi ecok za dah ckap dgn aku yang shah 'lelaki yang semalam kita jumpe dalam lift tu nak kenal dgn kau'..
Mau tak terperanjat aku? hahaha..
Asalnya memang aku taknak tukar no.telefon.Tapi roomate aku ni paksa-paksa aku jadi sebesalah.Dalam otak pikirlah,' alah kawan je,bukan buat kawen pon'..so,aku setuju untuk tukar no.telepon.Dan aku anggap perkenalan kami atas telepon dan pertemuan di lift tu sekadar kenalan waktu singkat sahaja.Tapi andaian aku meleset sebab Shah series... :)
Okey untuk hari pertama kenal di telepon aku biarkan je perkenalan kami macam orang sibuk cakap.Just follow the flow.Dan bila seminggu aku hanya berbual wt chatting dan on kol,kami dah mula keluar untuk pertemuan kedua,ketiga dan seterusnya.Apa yang best,sebab aku takpernah keluar berdua dengan die.Sebab sebagai syarat aku bawak housemate merangkap kawan baik aku,si za dan ita. 
Untuk aku setuju keluar dengan dia untuk kali pertama,aku kenekan syarat iaitu kena bagi ic,lesen.Yelah kan kita mane boleh kawan dengan orang yang kita tak kenal.Dan bila shah amek aku untuk keluar dengan menggunakan kereta.So,aku nak lesen die sebagai bukti die ade lesen.Nanti xde lah lari dari pak polisi pulak,,hihi  ; 'permintaan yang agak mengarut' , sampai sekarang still mengungkit,betapa lecehnye die nak kenal dan keluar dengan aku..
Masa die tunjuk i/c die,aku agak terkejut sebab pak cik ni rupanya abang sado,tentera udara.Dan yang paling terkejut umur die 25tahun masa tu (2014).Bukan ape,tengok perangai yg 'gila-gila' dan badan yang sweet tu tak nampak yang die 25tahun.
Dan die bagitahu aku,masa tu dalam akhir bulan 10 yang dia boleh jumpa aku dalam masa seminggu ni saja sebab die akan ke lumut,perak untuk pertandingan silatolahraga.Tanya punya tanya rupanya dia atlit Angkatan Tentera Malaysia dalam silatolahraga yang akan wakil Malaysia dalam sukan sea bulan6 2015 akan datang.
Selepas sebulan kenal.
Aku abis final exam dan kami ke Langkawi.Di sana banyak aku kenal diri dia.Aku pergi shortvacay tu dengan ita dan tunang dia.Dengan tak disangka 11/11/2014 aku dilamar di Langkawi oleh Shah.So sweet of you sayang.Apa yang aku boleh cakap waktu tu dengan perasaan yang terkejut,sebagai bukti lepas balik dari Langkawi dia nak ikut ke JOHOR untuk jumpa mak dan abah dan minta izin untuk membawa ibu dan ayah die untuk rombongan meminang.Insyallah ini jodoh kita.Terlalu cepat rancangan dia.Dan aku terima dengan hati terbuka.Dengan tak sangka jodoh aku seawal ini.Dalam usia 22tahun aku akan bertunang.
Ia menjadi lebih teratur sebab mak dan abah terima dan setuju lamaran shah.Insyallah bulan5 akan datang aku akan bertunang dengan dia.Sekarang ni kami buat persiapan sikit-sikit almaklum lah,kami berjauhan.Shah di KL,aku di KEDAH still belajar lagi.
Cincin risik dan tunang dan beli,hantaran gubahan dah siap.Ya allah,pertemuan yang singkat ini bakal menukar status aku suatu hari nanti.kw panjangkan la jodoh kami ya allah.Dekatkan la kami dengan mu.Permudahkanla segala urusan untuk majlis yang mulia ini agar suatu hari nanti akan terbina masjid yang suci.  

0 comments:

Catat Ulasan