Jumaat, 1 Februari 2019

Backpacker Thailand Murah 2019 : Phuket - Hatyai/Songkla ( Part 1 )


Assalammualaikum...

Welcome to Phuket,kap kup kap...

Sebenarnya kami rancang ke Thailand ni pada bulan disember 2018.Ingat lagi time tu AirAsia promo Krismas.Shah pun aku tak bagitahu lagi masa tu.Tapi memandangkan tiket AirAsia tengah promo  sehala RM52 masa tu.Aku terus tanya adik aku nak pergi Thailand ke tak.Decide masa tu juga terus cakap 'nak'.Aku minta die ajak kawan lagi seorang memandangkan aku akan pergi dengan laki aku kan.Tak baik pulak tinggalkan dia.Nanti merajuk.Hihihi..
So,terus aku booking flight tiket untuk 4 orang sehala saja.Sebab aku rancang nak balik menggunakan jalan darat.Boleh singgah Hatyai.

So,perjalanan kiteorang adalah 
KL-PHUKET-HATYAI/SONGKLA-KL.

Maka tibalah harinya.Kami bertolak 15/01/2019.Adik aku dan kawan dia dari Johor.So dorang malam 14/01/2019 tu dah naik bus terus dari JB-KLIA2.Aku dan suami jam 4pagi baru gerak dari rumah ke KLIA2.

Sampai KLIA macam biaselah aku pergi checkin kat mesin dan print siap-siap boarding pass dulu.Lepas tu baru boleh makan mekdi dengan tenangnya.Selesai makan,kami terus masuk imigresen memandangkan semua tak checkin luggage pun.Kiteorang mengangkut backpack 7kg je.



Sebennarnya antara amik tour agent dan backpack sendiri ni ada pro dan cons dia.

Macam aku lebih suka ikut kepala sendiri,jalan sendiri,explore sendirilah senang cite.Sebabnya aku tak suka tidur pagi aku diganggu.Ada time table kena turun di lobby jam sekian sekian.Aku tak suka semua tu.Dan apa yang aku survey-survey bila join tour ni dorang kebanyakkannya akan bawa kita ke tempat macam kilang kacang,kilang batik,kilang karpet,kilang lampu dan segala jenis kilang or gudang.Haha..
Memang nonsense !! HAHA !!

So,tepuk dada tanya selera.

Berbalik cerita Phuket ni,tepat jam 7.20pagi,flight ke Phuket pun berlepas.Tak lama pun cuma 1 jam lebih ja.Turun flight bus dah tunggu untuk angkut penumpang ke bahagian utama.Yang ni memang aku dah alert awal-awal dah.90% eh kat airport untuk masuk kaunter imiregsen masa tu adalah matsaleh.Ya allah,kebetulan flight dari qatar airline baru turun.Memang lama kut kiteorang kat situ.Yang kelakarnya siap ada matsaleh susukan baby guna botollah kat tepi kaunter.Memang terkejut juga lah kan.Yelah,aku tahu Phuket ni tempat enjoy matsaleh.Tapi tak terduga seramai ini.Tetiba aku rasa aku bercuti kat eropah.Hihihi..

Selepas semua selesai urusan di airport perkara pertama aku cari adalah kaunter minibus untuk ke Patong.Sebab hotel kami area Patong.

Korang keluar ke airport,korang akan nampak kiosk dibawah ni.Jangan risau harga sama je.180bath/pax.Kalau nak mahal sikit naik teksi okey.


Jangan keliru sebab minibus atau van tu sama.So,konsep dia bila van penuh baru jalan.Ada banyak destinasi.Ke Patong,Karon, dan Town.Sementara tunggu tu dorang bagi kerusi duduk dan driver sendiri yang akan panggil kita.Setiap tempat tu lain-lain warna tiketnya.So,sementara tunggu tu driver akan alert dengan warna tiket kita lah.Nanti separuh perjalanan,driver akan berhenti satu tempat syarikat dorang.Kira tour agent dorang lah.Di situ dorang akan check tiket tadi balik dan tanya nama hotel korang.So,agent ni nanti akan bagitahu kat driver lah nama-nama hotel korang.Agent ni juga akan menawarkan pakej-pakej pulau di Phuket.Disebabkan aku dah survey harga standard round pulau so pakej dorang tu aku rasa sangat mahal.Mahal berganda-ganda.So,awal-awal aku dah pangkah cakap tak nak.Alasan bagi balik hotel dulu nanti fikir.Haha..

So,perjalanan kami diteruskan sampailah ke Patong.Kami tiba di Hotel Islanda Boutique pada jam 11pagi.Selesai urusan checkin bagi rehat dulu.Kebetulan depan hotel ada familymart dan 7eleven.So,kiteorang decide jam 2petang nanti baru nak keluar cari makanan dan survey harga untuk masuk pulau esok.Jangan risau,sepanjang area Patong tu bersepah gila agent-agent jual pakej daytrip masuk pulau.Siap boleh bargain-bargain harga lagi.



Bagi aku Islanda Boutique Hotel ni selesa dan cukup dah keperluan untuk aku dan En.suami.Bereh bohh.Berpatutan dengan harganya semalam RM75 sahaja tak termasuk breakfast.Ada sebab kenapa aku tak ambil breakfast adalah aku tak yakin.So,lagi selamat beli breakfast di familymart or 7eleven yang sekangkang kera.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam 2petang,kami pun keluar dan terjumpa restoran halal.Kami makan nasi ayam dan teh ais.Sorang 80bath.Selesai makan kiteorang pusing-pusing town dengan jalan kaki je.Tujuan utama nak cari tour agent untuk masuk pulau esok.Sampai di area berdepan dengan Hard Rock Hotel ada satu kiosk.Cara layanan baik,harga boleh kurang.Memang nice lah auntie siam ni.Kiteorang nak masuk Racha Islands dan Coral Islands siap snorkeling,lunch,gambar,dan pickup dan hantar hotel-jetty.So,harga permulaan adalah 1000bath/pax.Lepas bargain 900bath/pax.Memang murahlah.Terus grab tak banyak soal dah..

Lepas tu balik ke hotel dengan hati yang gembira.Berhenti familymart dulu beli aiskrim unicone ni.Memang syiokk lah masa panas lit lit ni layan aiskrim.So,rest petang tu,malam baru kami keluar semula.


Lawa gambar pakai iphone7 plus :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam : 8.30malam

Kami keluar untuk makan malam dan jalan town.Dengar kata Patong time malam meriah.Memang meriah lah guys.Dengan pub nya.Tapi jangan risau kami masih kuat iman.Hihi..
Kiteorang berjalan area Jungceylon Mall sampai ke Patong Beach.Malam-malam lepak pantai sambil makan banana pancake.


Lepas tu jalan lagi mencari kedai halal.Rupanya kami jumpa bazaar halal.Tapi kat sini korang kena berhati-hati juga ye.Sebab ada yang naik sighboard halal tapi bertindik/bersubang tukang masaknya.So,ikut pengalaman kiteorang akan cari kedai wanita bertudung.Lebih selamat dan yakin.


Lepas makan malam,cari aiskrim lagi :)



Jengceylon Mall

Kami balik bilik dengan kekenyangan malam tu.Jam pun dah 11malam.Esok kena bangun awal.Van pickup di hotel jam 8pagi.

KL-PHUKET : Rm 52
Minibus airport-Patong : Rm  24
Hotel 3 hari 2 malam : Rm 88
Lunch : Rm 10
Pakej islands : Rm 118 
Dinner : Rm 10 
Total : Rm 302 / per pax


Nanti kita sambung part 2 . Stay tune okey guys :)

0 comments:

Catat Ulasan