Ahad, 21 April 2019

Backpacker Thailand Murah 2019 : Phuket - Hatyai/Songkla (Part 4)

Assalammualaikum...


Setory ni sambungan dari entry sebelumnya.Kami terjaga bila azan Zohor berkumandang di henpon laki aku.Dua-dua terbangun terus capai henpon.Aku cakap dengan shah dah terlebih time ni kite tidur mesti bebudak dua orang tu dah lapar menunggu kite.Tapi yang eloknya tak pulak dieorang mengetuk pintu kejut kami.Aku terus whassap adik aku.Rupanya dorang dah siap beli snek kat 7eleven.Bagus lah pandai survive.Aku minta dorang tunggu sekejap sebab aku dan shah kena solat dan bersiap dulu.Petang tu kami lunch restoran halal sekitar Lee Garden dan meronda sekitarnya saje.Aku memang tak ada planning apa-apa petang ni memandangkan penat pun tak hilang lagi.Lagi satu aku dah booking kereta sewa untuk pusing area Songkla esok.So,harini kami berlegar-legar area Hatyai Town je.


 Ini adalah gambar dari balkoni bilik hotel aku.Yang bangunan tinggi tu adalah Lee Garden.Nampak macam jauh tapi dekat je.Kami ke sana berjalan kaki je.

Kami berjalan dalam 5-10minit je.Lama jugalah aku berpusing-pusing area dekat bangunan tu sebab nak mencari Restoran Halal Salmah.Sebab sebelum aku ke sini,aku adalah membuat research kat google dan rata-rata orang Malaysia yang datang ke Hatyai akan makan di Restoran Salma tu.Shah dah membebel sebab dia dah lapar.Pusing punye pusing last-last jumpa juga.Rupenya kedai tu kami dah lalu tadi cume aku yang tak perasan.Haiyaaa....


Inilah lunch kiteorang petang tu.Siakap steam,tomyam,kangkung goreng belacan.Okeylah,ini pun dah memadai dengan hari berbaki dua hari lagi untuk balik ke Malaysia ku yang tercinta.Harga semua ni 960bath.Hampir 1000bath kut,sabarkan aje lah labuuuu.Bagi aku mahal.Tapi itulah kuasa viral kan.Sedap belum tahu lagi tapi rupenya mahal.Kalau bagi rate aku bagi dalam 7/10 je rasanya.Hihihi..ampun ya..

Lepas dah kenyang tu,kiteorang masuk shopping mall Lee Garden tu.Nak masuk kena scan bag macam kat airport tu.Mybe sebab banyak kes dekat sana kut.Tu yang tahap security sampai macam tu sekali.Kami just ronda-ronda cuci mata je dalam shopping mall tu.Tak ada beli apa-apa pun.

Lepas puas tawaf shopping mall tu kiteorang keluar balik.Tengok jam time tu baru 4.00ptg.Rasanya nak balik hotel dulu lah.Malam nanti baru keluar balik untuk dinner dan shopping.Sebab bila malam area Lee Garden ni ada buka macam pasar makanan halal lah.Dalam perjalanan balik sempatlah beli aiskrim.Macam sedap je,hihi..


50 bath sahaja :)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Since ramai yang tanya,sepanjang kat Thailand ni aku pakai internet apakan,so aku nak story sikit lah ye.

Ke Thailand kali ni aku tak sewa wifi pon.Aku gune simkad.Sebab aku rasa kalau sewa wifi kat airport macam trip sebelum ni agak membazir sikit lah.So,pada aku beli simkad ni adalah cara yang terbaik dan murah.

Ni simkad DTAC.Simkad ni memang khas untuk tourist.Terpulang kat korang nak ambil pakej macam mane.Ada yang 8days unlimited internet.Ada yang 5days unlimited internet.So,terpulang ye..

Macam aku punye ni,aku hanya beli simkad kosong sahaja.Baru 49bath.Disebabkan aku memang ambil hotel yang memang free wifi.Dan kebetulan wifi hostel sangatlah laju di Phuket dan Hatyai.So,untuk dapatkan internet aku hanya beli by hari.Hari yang waze dan maps diperlukan.1 hari internet baru 50bath.

Kalau ikut cara aku ni,memang boleh jimat.Sebabnya aku hanya habis 149bath je 

Alah,kalau hari yang oneday pergi pulau tu takkan nak gune internet jgk kan.Melainkan kalau korang kaki live.Huhu :)

0 comments:

Catat Ulasan