Selasa, 12 Februari 2019

Backpacker Thailand Murah 2019 : Phuket - Hatyai/Songkla ( Part 2 )

Assalammualaikum...

Pekabo guys ??

Cuti Raya Cina dah habis.So,aku dah berbalik ke sarang dan tengah mengumpul balik ingatan-ingatan untuk sambungan post ke Phuket-Hatyai/Songkla ni.So,harap korang bersabar menanti okey :)

Hari kedua (16/01/2019)

Semangat lain macam pagi tu.Lepas Subuh dah terus bersiap-siap.Takda baring-baring lagi dah.Sebab harini kami ada daytrip Racha Island dan Coral Island.Aku bongkar barang-barang dalam backpack dan pilih barang penting je untuk dimasukkan dalam beg kalis air.

Lepas selesai mengemas aku dan shah pun keluar bilik untuk pergi breakfast di FamilyMart yang ada di depan hotel.Tengok jam dah 7.30pagi.Aku ketuk pintu bilik adik dan bagitahu minta bersiap cepat  sikit dan pergi breakfast.Dalam hati aku "lambat betul anak dara dua orang ni bersiap".Aiihh, sabor ajelah.Breakfast 80bath untuk dua orang.Light breakfast je untuk kiteorang.Aku beli tiga ketul onigiri dan banana uyu dalam 100bath.

Van yang pickup kiteorang lambat 10minit.Is okey lah brother tu pusing-pusing town ambil customer juga.Memang kaunter dah pesan tunggu atleast sampai 8.30pagi.Kalau lewat sangat baru call kaunter.Tapi alhamdulillah 8.10pagi van sampai siap bukakan pintu van untuk kiteorang.Private trip sangat uolls.Kiteorang orang terakhir yang di pickup,tak ramai pun dalam lapan orang je satu van tu.Perjalanan dari Patong Town ke jetty agak panjang dan aku sempat tertidur.Tetiba aku rasa ada orang kejut aku.Shah lah sape lagi.Rupanya dah sampai jetty.Bila tengok jam dah 9.00pagi.Memang jauh jugalah nampaknya kan.

Nilah van yang kami naik tu :)

Sampai je jetty,kami disambut dengan ramah.Tak sangka rupanya kat jetty ni ada disediakan light breakfast juga.Rugi betul tak bertanya semalam kn? kalau tak boleh skip ongkos di FamilyMart tadi.Tapi biasalah nama pun light breakfast so mereka sediakan kita coffee/tea dan biskut sahaja.Kira okey lah kan ? Disebabkan kami dah kenyang tadi so shah ambilkan tea sahaja untuk minum sementara menunggu semua tourist sampai.Untuk tourist yang mabuk laut ada disediakan pil mabuk laut secara percuma juga.


Teh yang dibancuh oleh abang kawasan dengan penuh kasih sayang

Sebelum kami naik speedboat kami diberi taklimat oleh tour guide yang bertugas.Pagi ni ada dua buat speedboat dan yang membezakan setiap penumpang tu adalah gelang getah di tangan.Macam kami gelang kuning speedboat no 1.Tak boleh naik speedboat yang no 2 walaupun sama company sebabnya mereka dah bahagi kumpulan cukup-cukup untuk muatan boat tu dan semua orang akan dapat duduk.Lets say,andai kata kita naik speedboat lain mungkin nanti ada penumpang yang akan berdiri sebb terlebih orang.Kesianlah kan..

Coral Island 






Kami diberi masa satu jam setengah untuk mandi di Coral Island.Memang best sebab air laut biru  dan jernih sangat.Di pantai pun tak banyak batu so memang terbaik.Time ni shah takda sebab busy dengan gopro.Dia reti menyelam dan berenang.Memang tertinggallah kita bertiga ni mandi-mandi di tepi pantai.

Jam 11.30pagi kami dipanggil naik ke boat untuk ke Racha Island.Nak pergi Racha Island ni dari Coral Island memakan 20minit dengan speedboat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Racha Island

Sampai ye kat Jetty Racha Island guide kami tanya semua tourist.Siapa yang nak snorkeling tunggu dalam boat,siapa yang tak nak snorkeling boleh turun kat jetty tu.So,tinggal berapa kerat je lah yang masih dalam boat.Tourist matsaleh lah ramai yang ada sekarang.Yang melayu kami je.hihi..Yang uncle dan unty semua dah turun.Kami dibawa ke spot snorkeling.Yeayy...

Disini adalah masa yang sangat menyiksakan.Kerana gopro rosakk!! Mungkin masa shah main gopro kat Coral Island tadi termasuk air.Perghh..memang sadis lah sebab kiteorang takda gambar snorkeling.Shah siap menyelam ke dasar dengan ikan-ikan.Fuhh best moment.Tapi gopro rosak!

Siapa nak sedekah gopro kat sini :(

Puas snorkeling,kami diminta naik ke boat dan pergi lunch.Turun je dari Jetty Racha Island tu,kami dibawa menaiki pacuan 4 roda.Tujuannya adalah untuk ke belakang pulau Racha sebab lunch kami di restoran di sana.Jangan risau restoran yang provide adalah halal restoran.Fuhh memang tengah lapar ni.Lepas main air dari kering basah dah kering pastu basah balik.Sekarang memang memerlukan makanan.Patotlah dorang sediakan pacuan 4 roda sebab jalan yang kiteorang lalu tu boleh bawak bergaduh lah.Tapi kiteorang layan je pengalaman ni.Sebab rare.Bukan tiap hari kita buat aktiviti macamni kan.Tetibe teringat jalan ke Pantai Timang,Yogjakarta.


Restoran tu terletak betul-betul tepi laut di belakang Racha Island.Racha Island ni kecik je sebab dari depan pulau nak kebelakang tu kena naik moto or pacuan 4 roda macam kami.So,memang takda kereta or jalanraya jauh sekali.Nama dia 'Lah Bay'.Memang takda tourist lain melainkan dari company yang sama.Dan ini adalah view lunch kami.Best kan ? Tepi tu ada agent untuk belajar scuba diving.Kalau korang zoom akan nampak orang di tengah laut tu.Haaa..dorang tengah belajar selam scuba lah tu.Lepas lunch kalau nak try boleh je tapi harga lainlah tak termasuk pakej ye.Dan sebenarnya boleh je kalau korang nak snorkeling or mandi-mandi laut lagi.Tapi aku cukup lah.Lepas lunch terus bentang kain tepi pantai dan baring plus berangan je.

Tepat 4.00petang speedboat pun sampai di jetty.Kiteorang diminta untuk naik ke boat untuk balik ke Phuket.Dalam perjalanan balik tu kami dijamu lagi dengan buah-buahan.Memang terbaiklah layanan dari company trip ni.Sampai di jetty,gambar kami pon dan siap.Alah macam gambar-gambar kalau naik cablecar kat Langkawi or Genting tu.Kami tak tunggu lama pun sebab driver van kami dah terpacak kat depat jetty tu.Siap angkat board dan berdiri tegak.Kerlass engko panas-panas gini.Aduhai...

So,setelah cukup lapan orang macam waktu pergi pagi tadi.Driver van pun bergerak untuk balik ke hotel.

Terima kasih pada 'Golden Region Travel' sebab menyediakan daytrip yang sangat selesa,punctual dan sangat private.Dan paling penting harga sangat sesuai dengan budget kami siap boleh bargain lagi.Tinggal kita je pandai cari or tak.Ada yang cakap nak ke Racha Island mahal.Tapi sebenarnya tak juga,kami dapat ke Racha Island dengan 900bath fullboard.Lagi mantap kalau korang tidur semalam di Racha Island sebab Racha memang memukau pandangan.Memang tak rugi uoollasss...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam : 9.00malam

Disebabkan penat main air dari pagi sampai ke petang aku dan shah keluar dinner lewat malam ni.Bila aku ketuk pintu bilik adik dan adah dorang masih tidur.Dorang minta akak dan abang dorang ni tapaukan aje.Bertuah betul lah adik aku ni.

So,malam tu aku pergi ke bazaar halal semalam untuk makan.Selera lain macam malam ni mungkin sebab penat rasanya.Aku makan tomyam,telur dadar,sayur goreng,kerang bakaq plus air mangga.Tapi laki aku dia takde selera sangat so dia tambah nasi putih je.Yang lauk tu kami kongsi.So,jimat disitu.Itupun nak menghabiskan pun seksa.Sebabkan tu aku tapaukan adik nasi goreng pattaya sebungkus je.Dia kongsi dengan kawan die sebab portion memang besar.Kenyang buat makan dua orang lah senang citer.Semua harga dalam 320bath.


Breakfast : Rm 6.50
Dinner : Rm 21
Total : Rm 27.50 / per pax


Stay Tunes Part 3 , Guys 
Miamor <3

0 comments:

Catat Ulasan