Rabu, 13 Februari 2019

Jalan-jalan Cameron Highland 2018

Assalammualaikum...

3hari 2malam di Cameron Highland rasa macam tak cukup je masa.Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku dan shah tak explore sebab cuti kali ini macam taknak rushing-rushing.Nak konsep santai-santai merangkap honeymoon lah.Walaupun shah ni orang Pahang tetapi kami memang tak sempat nak ke Cameron Highland ni lagi sebab jadual kerja shah yang busy.Genap 2tahun 4bulan usia penikahan aku ni.Sekejap je,rasa macam baru semalam je akad nikah.Hihihi..

So oleh kerana suami aku dapat habiskan baki cuti tahun ni selama 3minggu ni aku pun riki-riki lah tempat mana nak pergi.Perancangannya seminggu duduk rumah di Kuala Lumpur pastu weekend naik Cameron Highland.Turun dari Cameron Highland terus balik kampung suami kat Felda Chini Timur,Pahang.Dan seminggu balik Pasir Gudang,Johor.

Rabu ( 19/12/2018 ) 

Kami bertolak pagi jam 9.00pagi dari KL.Perjalanan memakan masa 2jam untuk sampai ke Tapah.Dan untuk sampai ke Brinchang dalam 2jam setengah lagi.So,bila dah sampai tu perkara pertama aku ajak shah cari hotel dulu.Sebabnya aku tak buat booking online pun.Kira main redah lah ni cite dia.Kami cari hotel budget dalam semalam rm60-rm90 je.Wajib tak boleh lebih,ini memang konsep aku sebab tu husben aku minat berjalan dengan aku sebab sudi tidur hotel murah.

So,sampai ke pekan Brinchang kiteorang parking berdepan dengan Balai Bomba tu.Dan jalan kaki untuk cari hotel yang sesuai.Area situ memang banyak sangat hotel budget.Jalan punye jalan terjumpa Hotel Chua Gin dengan harga rm75 semalam.So untuk 3hari 2malam total rm150.Selepas kami drop backpack dan solat,terus bersiap untuk mencari kedai makan untuk lunch.Lapar teruk ni sebab last makan masa breakfast je pagi tadi di KL dan sepanjang perjalanan hanya makan makanan ringan yang dibeli di pam minyak je.

Ada satu kedai makan di tepi area hotel ni.Kiteorang berjalan kaki dan lunch kat situ je.Lepas makan baru ade semangat untuk mengexplore.Tempat pertama harini adalah Ladang Lavender.Tak jauh pun dari Brinchang.Bila naik ke Cameron waktu akhir tahun ni cuaca sejuk sikit.So,kami off aircon dan layan udara suam-suam sejuk tu.Memang syiook lah.






Lepas 2jam menghabiskan masa meronda kami pun balik ke hotel sebab dah lewat petang.Malam tu kiteorang jalan area Brinchang je untuk dinner,dan beli barang makanan ringan untuk makan tengah malam nanti.Maklumlah lakibini ni memang sentiasa suka kudap-kudapan lelagi cuaca tengah sejuk ni kan.Kebetulan time tu ada satu bazaar jual barang dari kilang.So memang murah-murah,aku beli begbelakang dan shah beli spec hitam.Esok dia pakailah tu spec hitam tu :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khamis ( 20/12/2019 )

Kiteorang bangun awal pagi harini.Tujuan untuk mencari nasi lemak strawberry.Sebab semalam jalan area Brinchang tu ternampak "bunting" di tepi jalan.Nampak macam menarik je.Kami cari location kedai tu dengan waze je.Komfem takkan sesat,percayalah.Nama kedai tu 'Abang Strawberry'.Memang ramai sangat orang pagi tu di kedai ni.Agaknya Nasi Lemak Pink ni viral kut,aku pon tak tahu yang penting aku lapar.Hihi..






Memang tak sah kalau datang Cameron Highland takda strawberry uuaaoollssss..
Lawan pulak dengan Hotcoklet strawberry.Perhhh..marvellous..

Nthen,kiteorang pun kenyang.Selepas ni kami akan ke Mossy Forest dan ladang teh.Perjalanan ke Mossy Forest sangat mencabar ye uoollss.Kalau sesiapa yang tak berani nak drive sampai puncak,boleh sewa jeep.Tapi shah nak bawak naik kereta.So,cara untuk dapatkan sewaan jeep tu aku memang tak tahu okey.Tetapi malang tak berbau,bila sampai di pertengahan gunung tu,nampak ada sighboard kerja dalam penambahbaikan.Nak turun semula,shah caka kita tinggal sikit je lagi ni takkan nak turun?Aku pun macam krik krik lah sekejap.Nthen,last kiteorang decide untuk parking kereta dan mendaki.Pengalaman ni memang tak disangka.Sekali lagi aku berada dalam keadaan mental.Last aku dalam keadaan mental ni masa panjat Illclubung kat Jeju Island tahun lepas.

Sebab aku mental adalah sekarang aku dah takda stamina.Nak berlawan tenaga dengan atlit silatolahraga yang setiap hari buat fitness ni.Perghh boleh bawak bergaduh sis.
Tapi konsep shah,bila dah buat keputusan tu memang takkan berpatah balik.Ko semput ke ko mendaki dalam keadaan mengundur ke.Memang dia akan paksa untuk sampai puncak juga.

Parking kete dulu tengah-tengah hutan ni :)

Aikk,mana gambar sis mendaki? Sorry guys memang tak pegang phone masa tu.Tengah penat memang tak lah.


Beg belakang ni lah yang sis beli malam semalam rm25 tu.Berkabus je lah atas Mossy Forest ni.Lepas dah lama-lama sikit ko melepak kat atas tu,tetibe ada jeep lalu bawak tourist matsaleh,aku tengok shah.Shah tengok aku.Boleh pulak bawak naik kereta?iisshh..memula tu macam menyesal sangat.Kenapa lurus bendul ikut sangat arahan sighboard tu.Tetapi bila pikir balik.Urmm takpelah pengalaman lain-lain.Is sokey :)


Selepas puas melepak dan bergambar atas tu.Kami pun turun semula.Bila turun tak rasa jauh pulak.Sekejap je dah sampai kat kereta.Bertuahh betul kan..
Itulah mindset kita kan..
Kami terus ke Ladang Teh Boh.













Malam tu kiteorang dinner di kedai makan sebelah hotel tu lagi.Simple.Penat seharian mendaki tak habis lagi,So memang tak nak berjalan mana-mana pun.Shah ajak ke pasar pun aku tak larat..


Aku terjaga tengah malam tu.Tengok shah tak tidur lagi.Lapar pun ada juga ni.So,kiteorang keluar bilik pergi ke kedai serbanika area hotel tu.Kebetulan buka lagi walaupun jam hampir jam 1.30pagi ni.Kiteorang shopping makanan lah.Tengah lapar kan.Sejuk-sejuk makan maggie memang best.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat ( 21/12/2018 )

Harini kiteorang akan checkout.So,pepagi tu keluar bilik lewat sikit.Selepas breakfast area hotel aku terus mengemas backpack.Dalam jam 10pagi kiteorang dah checkout dari hotel untuk ke pasar Brinchang.Tujuan pagi ini adalah untuk shopping barang-barang dari Cameron highland ni juga.Orang cakap sana murah sikit so,kite pergi.

Memang meriah juga lah pasar ni.Ramai sangat orang.



Banyak jugak lah kiteorang memborong tapi masih di bawah kawalan lagi.Tambahan pula memang barang-barang kat situ murah-murah belaka.Ni kalau bawa geng mak-mak memang sakan lah shoppingnya.Hihi..

Husbend tanya,aku tak beli baju Cameron ke?Dia pelik..Slamber aku jawab.Takpelah abang.Memang taknak.Belagak gile kn? Hahaha..

Aku pun tak tahu memang tak excited nak shopping pun.Barang tu semua shah yang pilih-pilih dan beli.Aku just pilih friged magnet je.Pecah rekod guys aku takda feel shopping.Haha..
Selepas semua selesai.Kami pun turun dari Brinchang untuk balik ke Kampung mentua di Pekan,Pahang.Maka dengan itu tamatlah jalan-jalan Fatin dan Shah untuk akhir tahun 2018 ni.Alhamdulillah.



Total percutian kalini selama 3hari 2malam untuk 2orang adalah sebanyak RM500 :)
Kesimpulan bagi aku Cameron ni makan lah overprice sikitlah.Tapi bagi aku takpe sebab makanan.

Sekian.

0 comments:

Catat Ulasan