skip to main |
skip to sidebar
Assalammualaikum..
29.09.2025 / Isnin
Lima tahun dah aku xtulis kt blog kesayangan aku ni. Dalam masa tu juga lah banyak hal yg berlaku dalam hidup aku.Alhamdulillah aku sihat.Masih sama macam dulu cume chubby sikit lah sekarang.hihi..
Dalam 5tahun ni, tahun-tahun selepas covid ni banyak ups and downs dalam hidup aku.Perkara pertama, aku dapat kerja yang best.Yang aku percaya untuk aku settel down sampai pencen.Alhamdulillah..Pada tahun 2021 aku dapat tawaran dari Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sebagai site supervisor.Dalam tahun-tahun selepas covid ini juga aku tak pergi melancong ke luar negara pun atas faktor keselamatan dan kesihatan.So aku decide untuk ke Sabah pada Januari 2022.Januari aku cover utara Sabah iaitu area Kota Kinabalu & Kundasang.Manakala bulan June aku cover bahagian selatan Sabah iaitu area Semporna dalam divetrip bersama Team Sodok Pasir.
Pada tahun 2023 pula, aku plan untuk travel oversea semula dan perjalanan kalini adalah perjalanan yang paling epik aku buat dalam hidup aku.Aku travel bersama suami lagi pada ketika itu.Cuma pada post akan datang aku akan mencoretkan sedikit cebisan kenangan aku sahaja untuk travel 2023 ni kerana aku sudah tidak bersama Shah lagi.Kami sudah berpisah 2024.Tujuan aku nak kongsikan trip 2023 aku hanya untuk kenangan diri sendiri sahaja sama macam aku buat sebelum ni dari masa aku remaja lagi.
Sekian,fymokhtar
Assalammualaikum...
Sabtu (02/01/2021)
Memandangkan perancangan aku dan Shah untuk terbang ke China terpaksa dibatalkan kerana covid19 masih belum ok, aku teruskan wishlist aku untuk 2020 seterusnya adalah buat lesen scuba.Perancangan awal kami tak tahu pun yang lesen scuba ni mcm lesen kereta yang ada kelas-kelas tertentu.
Contohnya :1) Open Water : Kedalaman 18-20 meter (Kebanyakkan untuk laut di semenanjung Malaysia shj).2) Advance Water : Kedalaman 20-30 meter (1 dunia).3) Resue4) Dive Master5) Instructor : Tenaga pengajarAda penambahan specialist lagi dalam sukan selam scuba ni.
Aku pun survey-survey mana dive centre yang harga berpatutan sebab aku dan Shah.Di sini aku kena pandai mencari pakej yang berpatutan kerana aku pergi berdua, so cost akan double.So, aku wajib mencari pakej yang sesuai.Kalau main sauk je,memang 1 kepala biasanya RM1,500. Dalam 2 bulan juga lah aku survey ni last-last aku jumpa di Pulau Perhentian dan di bawah agensi SDI.
Yang buat aku tertarik adalah kerana harganya jauh lebih murah.Open water RM850/pax sahaja.Termasuk 2kali kelas di kolam.Bila korang dah settle kat kolam,korang dah rasa lebih confident boleh proceed minta tarikh kosong kat cikgu untuk masuk pulau ujian yang sebenar.
So, aku singkatkan cerita, aku ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk test lesen pada July,2020.Aku plan masuk pulau ni agak kelam kabut sebab tak terpikir pun nak settlekan lesen ni bukan 7, disebabkan tak dapat info dengan tepat.Time ni negara kita masih lockdown so ada info tidak boleh rentas negeri/daerah.So, kiteorg dah balun bercuti ke Pulau Besar time awal bulan 7 ritu.
Pastu elok lepas je naik darat, cikgu cakap kalau untuk scuba masih boleh rentas dengan syarat ada surat semua lah.Apelagi, aku and shah memang cepat-cepat book slot. Kiteorg bukan apa, kalau difikirkan memanglah agak melampau pergi 2 Pulau dalam masa 1 bulan.Lelagi time kat Pulau Besar tu aku ambil pakej.So agak mencabar juga lah bahagian kewangan sebenarnya.Tapi bila difikirkan, andai kata aku tak settlekan bulan 7 ni, bulan 8/9 dan nak dekat moonson. So, maka lesen kiteorang akan tertunda sehingga tahun 2021.Jika time tu aktiviti masih dibolehkan.Jika tidak??..
So, singkat cerita kiteorg proceed.Apa nak jadi,jadilah.Balik pulau makan meggi,meggi lah nyah..HAHA..
Disebabkan aku kerja di JB,lepas waktu kerja aku terus pecut Sendayan,N.9.Gerak jam 6petang,9malam elok je kat KFC depan kem Sendayan.Ambil Shah, kiteorang terus pecut balik rumah KL.Packing semua stuff lepas makan kiteorang terus lenjan ke Besut, Terengganu. Jetty untuk ke Pulau Perhentian.
Dan aku hanya bertahan untuk teman Shah drive sampai jam 4pagi je.Tetibe Shah kejut kiteorg dah sampai Besut.Time tu dalam jam 5.30pagi.Memang legend lah.Kerja gila betul.Sementara tunggu boat jam 7pagi, aku dan Shah tidur sekejap,rabak beb mata.
Kiteorang akan stay Jumaat-Ahad untuk settlekan open water.So sampai je kat dive centre,lepas check kehadiran semua,naikkan khemah(ni punca utama kiteorg budget halus.Kalau korang budget kasar ada chalet) dan terus proceed kenalkan equipment.Terus masuk laut.Tapi bila dah masuk laut tu, memang segar bugar.Hilang semua letih babe.
Sesiapa nak contact dive centre yang murah ni.Berbaloi-baloi.. Boleh dm saya akan bagi no tel okay.Kita ambil lesen reramai nanti boleh dive sesame.Ok,bye !