Isnin, 29 September 2025

Assalammualaikum..

29.09.2025 / Isnin

Lima tahun dah aku xtulis kt blog kesayangan aku ni. Dalam masa tu juga lah banyak hal yg berlaku dalam hidup aku.Alhamdulillah aku sihat.Masih sama macam dulu cume chubby sikit lah sekarang.hihi..

Dalam 5tahun ni, tahun-tahun selepas covid ni banyak ups and downs dalam hidup aku.
Perkara pertama, aku dapat kerja yang best.Yang aku percaya untuk aku settel down sampai pencen.Alhamdulillah..
Pada tahun 2021 aku dapat tawaran dari Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sebagai site supervisor.Dalam tahun-tahun selepas covid ini juga aku tak pergi melancong ke luar negara pun atas faktor keselamatan dan kesihatan.So aku decide untuk ke Sabah pada Januari 2022.Januari aku cover utara Sabah iaitu area Kota Kinabalu & Kundasang.Manakala bulan June aku cover bahagian selatan Sabah iaitu area Semporna dalam divetrip bersama Team Sodok Pasir.

Pada tahun 2023 pula, aku plan untuk travel oversea semula dan perjalanan kalini adalah perjalanan yang paling epik aku buat dalam hidup aku.Aku travel bersama suami lagi pada ketika itu.Cuma pada post akan datang aku akan mencoretkan sedikit cebisan kenangan aku sahaja untuk travel 2023 ni kerana aku sudah tidak bersama Shah lagi.Kami sudah berpisah 2024.
Tujuan aku nak kongsikan trip 2023 aku hanya untuk kenangan diri sendiri sahaja sama macam aku buat sebelum ni dari masa aku remaja lagi.


Sekian,
fymokhtar

0 comments:

Catat Ulasan