Isnin, 13 April 2020

Covid 2019

..ASSALAMMUALAIKUM..


Semasa aku sedang menulis di karangan ni. Negara kite (Malaysia) sedang dilanda ujian dan musibah iaitu Novel Corona Virus @ nama singkatannya Covid19. Virus ni mula dikesan akhir tahun 2019 dan punca datangnya adalah daripada wilayah Wuhan,China.

Kes berjangkit wabak ni menular cepat di China dan negara sekitarnya antaranya Japan dan Korea Selatan. Dan seterusnya merebak di seluruh dunia dan memakan hampir berpuluh ribu nyawa. Dan kerajaan Malaysia ambil pendekatan untuk menutup semua laluan sempadan dan megeluarkan "Perintah Kawalan Pergerakan" di seluruh Malaysia bagi membendung wabak penyakit berjangkit ini. 

*SUMBER GOOGLE

Semua premis swasta dan awam semua diminta memberhentikan operasi.

Peringkat pertama : 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020


Peringkat kedua : 1 April 2020 - 14 April 2020


Peringkat ketiga : 15 April 2020 - 28 April 2020


Kesan daripada kes penularan wabak ni aku terkesan 2 hal ;

Hal yang pertama : adalah Kes wabak Covid19 ni datangnya daripada daerah Wuhan, China.
Sebenarnya aku sudah membeli ticket flight ke Beijing pada Nov19 lepas.Bertarikh 18 Oct 2020 - 26 Oct 2020.

Sekarang aku masih dalam proses untuk menuntut "refund" dari AA. Semoga urusanku dipermudahkan. Nampak gayanya mmg kena berpuasa travel lah bagi tahun 2020 :)


Kedua : Pada 16 April 2020 ni sepatutnya aku dan Shah akan masuk Pulau Perhentian untuk melengkapkan lesen scuba kiteorang.Ticket flight pun sudah dibeli.Tetapi apakan daya, I oiils redha.


Kita sama2 doakan semoga dunia kita segera dapat putuskan rangkaian covid19 ni dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Amin..



Regards,

Fatin

0 comments:

Catat Ulasan