Jumaat, 1 Disember 2017

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 3) : Route to Jeju Island

Assalammualaikum..

Rasanya dah berminggu tak sambung part seterusnya.Dok ada je dalam list post tapi tak publish-publish.Sebab asyik tertangguh je.Harini cuti so moh kita merajinkan diri.Kang lagi lama lagi banyak pulak aku lupa.

Lepas kami sampai ke Gimpo Airport (penerbangan domestik),terus checkin baggage macam biasa.Procedure sama je setiap airport kan.Tapi apa yang bestnya untuk 'Jeju Air' ni adalah penerbangan tambang murah dan free 15kg baggage.Tapi masa timbang beg laki aku,terlebih tau dalam 17kg tapi staff jejuair tak ambil bayaran pun.Sangat-sangat best.Memang aku suggestkan airline ni lah pada siapa yang nak ke Jeju Island dengan menggunakan jalan udara.


Banyak je airline lain di Korea ni.Antaranya JejuAir,T-way,Eastarjet,Jin Air untuk tambang murah.Asiana Airline,Korean Airline dan Busan Airline untuk yang mahal sikit lah.Perjalanan ke Jeju Island ni boleh je kalau korang nak gunakan jalan darat.


Jalan darat : Seoul - Busan - Jeju Island


Ambil train atau bus dari Seoul - Busan.

Kemudian ambil feri atau flight domestik dari Busan - Jeju Island. 

Seoul - Busan


Train 

  1. Mugunghwa : Ini train yang paling murah.Masa pula mestilah lama sikit dalam 5jam 30 min. 
  2. KTX Express : Ktx ni train yang laju.Masa yang diambil dalam 2jam 30 min.Ticket pun lagi mahal dari Mugunghwa train.Time aku survey ritu dalam range 59,800 won.
Bus 
  1. Kalau nak lagi budget dan ada masa panjang boleh lah try naik bus.Lagi murah dalam range 19,000 won - 30,000 won.
  2. Tempoh masa 4jam - 5jam.
  3. Boleh naik di Dongseoul Terminal Bus
Busan - Jeju Island

Ferry
  1. Sempat aku research sikit sebelum fly ritu pasal feri ni.Kalau dari jetty Busan mengambil masa sangat lama dalam 12jam.Harga pun lebih kurang je dengan flght domestik.
Flight Domestik
  1. Flight domestik yang terdapat di Korea macam aku tulis kat atas.
Saranan aku better ambil flight dari Seoul - Jeju Island terus.Lagi memudahkan dan menjimatkan perjalanan.Dah nama pun pulau manalah ada jalan darat.Aku dapat harga promo di website jejuair.20,000 won return/person.So untuk aku dan abiy 40,000 won return berdua.Sangat-sangat murah.So,korang rajin-rajinlah tengok website tau.Alhamdulillah,Rezeki Allah Taala.Amin..

Perjalanan udara hanya 1jam sahaja.Macam KL-JB.



Ruang checkin luggage di Gimpo Aiport

Sempat abang korang selfie dengan pamugari Jeju Air.Time ni dalam flight.Segala orang yang jumpa kami tegur.'Anneyohaseyo,Kamsahanida'.

Penerbangan kami jam 1920,dan selamat mendarat di Pulau Jeju Jam 2014.Lepas siap-siap pickup banggage.Kami keluar airport dan mencari teksi untuk ke hotel yang aku dah tempah.Disebabkan dah sampai malam aku booking hotel area downtown dulu.Esok pagi baru ke kaunter rental cars untuk pickup kereta.Sebenarnya mod pengangkutan di Jeju adalah sangat terhad.Disana takda subway.Yang ada hanyalah bus tambang dan teksi.So bagi aku sewa kereta adalah satu tindakan yang bijak.

Untuk pengetahuan korang,Jeju Island sangat besar.Jeju adalah pulau terbesar di korea selatan.Dan 3 kali ganda lebih besar daripada Singapura.Dia memang tak sama dengan Pulau Nami yang femes tu or Pulau Langkawi or Pulau Tioman mahupun Pulau Perhentian di semenanjung tanah air ku yang ku cintai ni.Memang silap besar kalau ke Jeju tapi tak sewa kereta atau motor.Mula-mula laki aku cakap tak payahlah sesusah aku nak buat rental cars sebab kite kat pulau nak simple-simple je.Tapi aku banyak buat review dan research.Jarak satu-satu tempat tu jauh dan memakan masa.Jadinya aku tetap sebulat suara nak sewa kereta!!!

Malam tu lepas kami checkin hotel.Kami just pickup teksi dan makan area hotel sahaja.Dan tidur untuk perjalanan hari ecok.
.
.
.
Pagi tu dalam jam 1000 (31 October 2017) baru kami keluar dari hotel.Puaslah tidur.Laki ni bebel lah dia.Yelah time travel ni kalau tidur lama-lama rugi masa tau.Tapi takpa sebab di Jeju ni kami tak target banyak tempat pun sebab masa yang agak terhad.Kami just target untuk ke Sekopjikoji,Hutan Pinus Jeju,Hanok Village dan paling penting Seogsan Ilclubung untuk Sunrise.

Lepas teksi pickup.Kami kene ke airport jeju balik sebab kaunter rental cars berada di sana.Sebenarnya untuk sewa kereta di korea amatlah leceh.Kami mengalami beberapa masalah ketika ingin mengambil kereta.Di sana sewa kereta hanya dijalankan oleh syarikat seperti Hertz,Avis,Lotte Rent A Cars.Banyak lagi sebenarnya.Aku dah buat reservation dari Malaysia lagi.Aku memilih untuk sewa di syarikat Lotte Rent A Cars.Tapi bila sampai disana mereka tidak mahukan visa.Aku dengan abiy dah kelam kabut.Macam mana kami nak explore Jeju kalau takda kereta.Kita dok lah berbincang camanapun mereka memang nakkan credit card.No debit card.

Time tu memang kusut sikit.Nasib baik dorang tak ambil deposit time booking online ritu.So adalah macam rilex sikit.Abiy memang travel buddies yang terbaik di dunia bagi aku.Dia tak gelepor pun.Dia terus tanya kaunter lain.Satu-satu kaunter nak kan credit card.Kalau boleh bayar by debit pun mesti dah soldout kerete.Tinggal yang besar-besar macam MPV tu.Ya ampun.Bersabarnya.
Tulah yang dorang pentingkan reservation dari negara sendiri.Urm..

Nthen di kaunter last "Jeju Rent Cars" diterima untuk purchase melalui debit card dan ada kosong kereta jenis compact(kecil).Ya allah bersyukur rasa time ni.Tapi ada syarat kita kena buat rooming nthen telefon pejabat dorang untuk book.Mybe memudahkan urusan kalau ada saman ke dorang dah detect notel kita.


Ni adalah lesen antarabangsa.Memang wajib ada ye.Kalau takda tak boleh bawa kereta di korea ni.

Caranya senang je.Pergi pejabat JPJ yang berhampiran dengan korang.Nthen cakap je nak buat lesen antarabangsa dan bayaran sebanyak RM150 valid setahun.Laki aku je yang buat lesen antarabangsa ni.


Nanti lepas buat reservation di kaunter,dorang akan bagi no plat bus.Keluar pintu exit 5 di airport korang akan nampak tempat parking mini bus.Bus ni lah kepunyaan setiap agensi sewa kereta.Jangan salah naik bus ye.hehe..

Setelah 10min tunggu bus pun sampai.Terus kami dibawa ke rumah sewa kereta.Lepas urusan pembayaran setel kami pun dapatlah kereta.Yeayyyy !!

Kami pulang ke hotel untuk checkout dan terus menghala ke area Seongsan.Bahagian selatan Pulau Jeju.Masa untuk sampai adalah 1 jam lebih.Banyak attraction untuk pelancong adalah di bahagian selatan pulau.

Okey,sampai disini dulu.Nanti sambung lagi ye. Bye !!

0 comments:

Catat Ulasan