Jumaat, 2 Mac 2018

First Honeymoon di Corus Paradise Resort Port Dickson



ASSALAMMUALAIKUM...

Salam bulan baru.(March 2018)

Harini 02/03/2018(Jumaat).Bulan ni juga akan ada trip baru buat feyshah.Tapi cerita trip Anneyohaseyo tak setel-setel lagi.Takpelah,papepun.Alhamdulillah,sudah part final cumanya aku tak masukkan gambar dan publish sahaja.Tunggu ye korang.

Post kali ni,aku nak highlight pasal first feyshah honeymoon.Yang korea ni kire kali ke-2 lah.Yang kali pertama ni adalah buah tangan dari kawan-kawan baik kami.Kira hadiah sempena perkahwinan kami lah.Sebulan selepas kami akad,di Port Dickson,Negeri Sembilan.Kira kejadian ni dah berlalu hampir 1 tahun 5 bulan.Pada September,2016.

Meh kak senah nak bagitahu member kak senah yang sanggup buat group wassap baru sebab planning ni.Sanggup habis duit untuk kami.Sanggup buat surprise dan sanggup book bilik dengan bunga rose untuk kami.Hanya allah yang mampu membalas semua ni.Fy bersyukur sangat dikelilingi orang-orang yang sayang kat fy.

Actually,kami dh macam adik-beradik dah.Kawan dari 2012-2018.Jumpa di Jitra,Kedah.Sebab dulu fy study politeknik kt sana.Kawan sekelas dan kawan serumah sewa.Even time jumpa husben pun dorang lah orang-orang disebalik tabirnya.HAHA!

  1. Fatin Hasanah - Julai 2016 (Married)
  2. Fatin Nabiha - December 2016 (Married)
  3. Radzitah - March 2017 (Married)
  4. Nur Zakiah - March 2018 ( Engagement day)
  5. Nur Farahain
  6. Nurul Iffah Suhaida
So,berdasarkan senarai di atas ada 2 lagi kosong.Siapa nak penuhkan tempat kosong ni.HAHA!
........................................


#FEYSHAHTAKESPD



Nak dijadikan cerita.Aku tak ambil cuti pun sebenarnya.3h2m tu aku just fix kan masa semaksima mungkin.Satu sebab kerana aku baru mula kerja,so sangat tak manis terus nak minta cuti.

Jumaat ( 02.09.2016)

Minta balik awal dari office (Halfday),Barang semua dah prepare dalam kereta.Lepas dapat keluar office,aku terus pecut ke PD.I drive sendiri JB-PD.Laju jangan cakap lah.Tiga jam dah sampai exit seremban utara.Habis Black Pearl aku hentam.Terus aku pergi stesen train by waze.Sebab husben dari Bukit Jalil take train ke Seremban.

Memasing dah penat.aku dengan drive jauhnya.Laki aku pulak lepas training terus bersesak dengan orang.So kami decide nak pergi PD dulu untuk checkin.Nanti lepas magrib baru keluar cari makanan.So,kami memang tak tahu Hotel area mana yang bebudak ni book.Yang aku tahu nama hotel sahaja sebab ada surat booking.Nasib baik ada waze.

Nthen sampai ...


Corus Paradise Resort

Tengok lobby dah jatuh cinta.Cantik.Harga rate kat agoda pun takdalah mahal sangat.Untuk lesuire dan santai-santai sangat recommended.Selesa,bilik besar,lanskap cantik,makanan sedap,ada kolam dan banyak aktiviti.Macam jetski,menembak dan banyak lagilah kat hotel ni.Aku je tak explore sangat.

Malam tu lepas keluar makan seafood kami balik bilik dan tidur.


Sabtu (03.09.2016)

Time ni memalu laki aku ni.Nak ambil pic hug hug.Baru sebulan nikah katekan..
Tengok skrg,dalam trip Anneyhaseyo siap angkat-angkat lagi bini dia ni.Nasib berat aku maintan.HAHA!

Bangun awal pagi.Lepas turun breakfast kiteorang jalan-jalan sekitar resort je.Spend time dengan my kekasih awal akhir ni.






Lepas dah lepak-lepas bawah tu.Kiteorang dah penat,so marilah naik bilik.Petang lepas zohor husben ajak pergi Teluk Kemang.

 Yeayyy...inilah kehidupan kami.Pantai!!



Semua benda lah naik.Haru biru melayan laki yang hyperaktive ni.HUHU!
Sebenarnya kami ada sewa jetski tapi aku naik 5min je.Geram je bagi si dia ni bawak jetski,keje nak jauh-jauh dari pantai pastu laju nak mati!
Sampai menangis kita sebab takut :(

Selepas bertukar baju dan siap mandi kiteorang pergi makan cendol,ABC dan mee rebus.Ya allah sedapnya ABC TELUK KEMANG ni.Ada masa macam nak repeat PD ler.Rindu!!

Lepas tu husben ajak dinner seafood.Kiteorang lepas sampai jam 2200.


Ahad (04.09.2016)


Selepas breakfast dan checkout.Kiteorang terus balik KL.Malam tu take flight KL-SENAI.

p/s: Itu shj honeymoon first fesyah.Lumayan ngak?Simple but i like.Love you husben <3

5 comments:

  1. Salam sis, if sis tak kisah sya nak tnya, so far how much bajet sis honeymoon selama 3D2M termasuk watersport?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam,maaf blas lambat sgt.Berkenaan harga bilik sy tak tahu.Sebab kawan yang bookingkan.Dan aktiviti air tu kiteorg pergi teluk kemang.Hotel-Teluk Kemang tak jauh pon.Main aktiviti semua bayar ikut main ape tak amik pakej pun :)

      Padam
  2. Salam tuan tanah tumpang iklan....

    Saya ada 1 unit Corus Paradise private apartment Port Dickson (seaview) utk disewa harian/bercuti/kursus bolehlah hubungi@call@whatsapp sy cikgu nor (direct owner) 019-2222777...tq

    100% fully renovated with 2 rooms n 4 airconds..(hotel concept)..

    BalasPadam
  3. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    BalasPadam