Selasa, 6 Mac 2018

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 9) Final : Naminara Pulau Cinta Dan Shopping Souvenir Murah Di Seoul

Assalammualaikum...



Salam sejahtera semua.Mesti korang tertanya asal lambat sangat aku nak menghabiskan cerita ni kan.Okey,fine.Entry ni adalah entry yang terakhir aku akan tulis berkenaan cerita aku dan suami ke bumi Korea.Selepas entry ni aku akan finalise kan budget dan initery yang aku buat sendiri okey.

Entry kali ni mungkin panjang sedikit sebab aku akan merangkumkan cerita untuk 2 hari terus.

Ahad(05/11/2017)

Pagi ahad yang nyaman dan tenang.Plan harini aku dan suami akan ke Nami Island.Bercakap pasal Nami Island mcm familiar kan.Sapa yang pergi ke Korea tanpa ke Nami? Mustahil kan??Boleh dianggap setiap orang ke bumi Kpop ni mesti akan jejakkan kaki ke sini.Semua dek kerana penangan KDrama (Autumn In My Heart).Hebat cara mat mata sepet ni promote drama dorang.Kalau ada lelaki yang cakap "koya kpop,apelah muka jambu,plastic surgery je pon".Apa-apalah labu.Hakikatnya bab intertainment(hiburan) dan fesyen Korea mmg tiptop kat asia ni.

Jam 0800 aku dan suami dah siap breakfast semua.Lepas tu kami terus ke Station Subway(train/lrt).Kali ni kami ambil line laju(ITX).Sebab Nami Island di penghujung Seoul.Kononnya nak cepat sampai ler.Kalau nak naik line train yang biase pun boleh.Bezanya banyak berhentilah.Itu sahaja.

Apa yang menarik dan pelik bagi aku adalah selepas kami membeli ticket ITX.Kiteorang masuk di kawasan tempat menunggu train.Memang pelik sebab tidak ada cek ticket or scan code ticket.Kiteorang memula peliklah betul ke salah ni.Tanya local,dorang cakap memang betullah caranya macam tu.Dahla bercakap macam ayam dan itik.Sangat-sangat memerlukan kesabaran.Tapi korang jgn risau sebab local dorang sangat suka membantu.Walaupun tak paham,tapi dorang akan hantar kita kat tempat yang kita nak pergi tu.Kes yang ticket tadi,kalau awal-awal tau baik tak payah beli ticket betul ta?Sikap rakyat Korea ni memang komfem jujur ke?Sampai buat sistem macam ni.Ntah,aku pun tak tahu.Yang penting benda ni belum ada lagi kat Malaysia.HAHA!

               


Tunggu train beratur elok-elok ye anak-anak :)



Turun di Gapyeong Station, okey :)

Bila korang keluar dari pintu exit kat belakang tu,sebelah kanan korang akan nampak tourist information.Pergi je,macam kita orang.Buat sebok-sebok pergi mengutip maps and route bus di Naminara Republic ni.

Kalau korang nak cepat,boleh je ambil teksi.Tapi kami jenis suka menyesakkan diri.Dah janji nak bercuti style backpack.Mestilah cara paling murah dan dekat dihati rakyat.HAHA! Bila tanya laki aku,dia jawab naik subway je,naik bus je,jalan kaki je.Gitu lah pesennya.Tak reti penat siap melompat-lompat lagi.HIHI


Route ni kena paham betul-betul ya.

Macam kami,

      Gapyeong Station--Nami Island--Cheongpeong Station

Sebenarnya aku nak ke Petite France dan The Garden of Morning Clam.Tapi lama sangat di Nami Island.So,memang tak sempat nk cover yg lain.Takpelah,mungkin petanda suruh datang Korea lagi agaknya.

Kereta ajusshi mana lah aku interprem ni

Time ni memang peak season.Series nak beratur beli ticket pon sesak nafas.Memang ramai sangat orang.



Tunggu ferry sat.





Yeayy.Dah dalam ferry

Time pergi excited aku duduk luar ferry ambil angin lah konon.Balik aku duduk dalam ferry.Ni snap pic time balik, dalam ferry.Besar gila cermin depan kiteorang ni.Dan ferry dorang memang takda kerusi.So,semua pakat-pakat berdiri.Mana yang penat nak duduk tu sila bersila di lantai okey.Memang bersila.Aku tak tipu.HAHA!





Kaki posing kan.Laki hakak dok melayan je.HAHA

Kiteorang tak banyak pose pon sebab sibuk dating.Kiteorang pusing satu pulau pastu pergi makan.Sedar tak sedar dah petang.

Selepas setel makan snap pic lagi.Buat video lagi.Sampai lebam lah.Sebab esok kami dah nak balik.So,nikmati saat-saat terakhirlah kononnya tu.Jam 0600 kami balik guesthouse.

.................................................................................................

Isnin (06.11.2017)

Harini adalah hari kami balik ke tanah air.Genap 9hari 8malam.Percutian yang santai tapi hardcore juga.Macam sedih.Dalam hati aku,bila lagilah akan sampai sini lepas ni.Inshallah ada rezeki sampai lagi mana tahu dengan anak pula kan.

Memandangkan flight kami petang.So,pagi tu lepas breakfast,kami keluar pergi Doota Mall untuk shopping sourvenior kat sana.Shopping mall ni sangat dekat dengan guesthouse kiteorang.Ni mmg satu hal juga.Aku mmg segaja book guesthouse area Dongdaemun dan dekat dgn Doota Mall.Sebab aku ada buat research,sourvenior sangat-sangat murah dah berbaloi disini.So,apa lagi,sapa taknak barang murahkan.

Doota Mall
Nama kedai : Arirang Shop
Tingkat : 6/7 (lupa)



Tak payah lah interprem sangat.hihi..

Kat dalam tu biaselah.Barang cenderahati macam keychain,baju,friged magnet.pinggan/mangkuk dan macam-macam lagi.Aku berhabis kat sini RM300.Alhamdulillah,sangat berbaloi..

Selepas kami selesai shopping,masa untuk bergerak ke airport.Flight kami jam 1530.






Untuk suami :

Terima kasih untuk percutian ni.Terima kasih sudi vacation dengan sayang.Tenkiu jadi kawan,pendamping,pelindung,travel buddies,dan suami dan menjadi segala-galanya untuk Fatin Hasanah.

Love you my duniya <3

0 comments:

Catat Ulasan